Jan 3, 11
1:40pm
Mengulas perkara itu, kemudian, Khalid berkata beliau “tiada masalah' bagi melantik mana-mana pemimpin tanpa pertalian politik ke jawatan canselor.
"Tidak pernah disebut nama sesiapun untuk jawatan canselor, malah nama (presiden PKR) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) sekalipun," katanya.
Pagi tadi, bertindak atas khabar angin, kononnya seorang  pemimpin tertinggi PKR akan dilantik sebagai naib canselor yang baru, lima  pelajarnya meluahkan bantahan mereka kepada menteri besar Selangor berhubung  perkara itu.
Muhammad Nasir berkata pihaknya menolak pelantikan canselor  pusat pengajian tinggi itu yang berlatakbelakangkan pengaruh politik sama ada  dari BN ataupun Pakatan Rakyat.
Sambil mendakwa memegang prinsip untuk  bebas bersuara dan menyatakan pandangan, idealisme dan hak mereka sebagai 'third  force' sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) mahukan tokoh  akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sebagai canselor mengantikan Datin  Seri Rosmah Mansor.“Seluruh mahasiswa Unisel telah bersetuju memilih ahli  akademik selaku canselor baru Unisel dan menolak sekeras-kerasnya pelantikan  ahli politik dalam melantik canselor baru.
“Antara sebab lain pelantikan  beliau (Khoo) adalah kerana disebabkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang  luas dalam bidang akademik serta sumbangan terhadap pembangunan negara,” kata  Muhammad Nasir pada sidang media di Shah Alam.Sebelum ini timbul ura-ura bahawa sama ada presiden PKR,  Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun bekas timbalannya, Syed Husin Ali  akan dilantik sebagai canselor baru.
Menurut Muhammad Nasir pihaknya  telah mengumpulkan kira-kira 500 tandatangan bagi menyokong perkara itu dan  berharap pihak pentadbiran seharusnya berlapang dada dalam menerima kritikan dan  pandangan dari mahasiswa khususnya untuk membaiki masalah yang sedia  ada.
Pada 20 November lalu, Rosmah mengumumkan pengundurannya bagi  memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA dan  pengunduran itu diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris  Shah.
http://malaysiakini.com/news/152251
 
 
No comments:
Post a Comment