Jan 4, 11 12:36pm
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Industri Selangor (Unisel) turut  menolak pelantikan ahli politik sebagai canselor baru tetapi tidak bersetuju  cadangan supaya Prof Emiretus Tan Sri Khoo Kay Kim mengisi jawatan  tersebut.
 Cadangan melantik Prof Khoo sebagai canselor baru dibuat  sekumpulan pelajar pro-Mahasiswa Unisel yang turut menentang pelantikan orang  politik mengisi jawatan tersebut.

"MPP Unisel menolak cadangan itu berdasarkan pendirian Prof Khoo berhubung beberapa isu mahasiswa yang pernah dinyatakan sekitar beberapa tahun kebelakangan ini," kata presiden MPP Unisel, Azim Md Kasim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa Prof Khoo menolak cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membenarkan mahasiswa berpolitik serta tidak mahu mengiktiraf sejarah gerakan mahasiswa dalam sejarah negara.
Azmi berkata, pendirian Prof Khoo itu dianggap tidak selari dengan pendirian gerakan mahasiswa hari ini.
 "Bahkan, pendirian Prof Khoo juga diyakini bertentangan  dengan pendirian Pro-Mahasiswa di Unisel dan di peringkat nasional yang  memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa, serta autonomi  kampus.

"Justeru MPP Unisel merasakan Prof Khoo tidak layak untuk diangkat sebagai canselor oleh kerana tidak mengiktiraf suara dan hak kebebasan mahasiswa juga sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia," tambahnya.
MPP Unisel juga, katanya, menolak dakwaan Pro-Mahasiswa Unisel yang menyatakan bahawa mereka mewakili suara seluruh mahasiswa universiti tersebut.
"Hal ini kerana, 500 tandatangan yang diperolehi tidak mewakili keseluruhan kira-kira 13, 000 orang Unisel," tambahnya.
Sehubungan itu, kata Azmi, MPP Unisel akan berbincang dengan pimpinan persatuan mahasiswa fakulti dan kolej, sebelum mengemukakan cadangan untuk dibawa kepada ahli lembaga pengarah universiti dan mendapat perkenan Sultan Selangor.
Katanya, MPP Unisel berharap semua pihak berlapang dada untuk menerima kritikan dan juga cadangan.
"MPP Unisel juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kumpulan mahasiswa serta pentadbiran Unisel dalam usaha masa depan universiti dan mahasiswa yang lebih baik," katanya.
"MPP Unisel menolak cadangan itu berdasarkan pendirian Prof Khoo berhubung beberapa isu mahasiswa yang pernah dinyatakan sekitar beberapa tahun kebelakangan ini," kata presiden MPP Unisel, Azim Md Kasim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa Prof Khoo menolak cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membenarkan mahasiswa berpolitik serta tidak mahu mengiktiraf sejarah gerakan mahasiswa dalam sejarah negara.
Azmi berkata, pendirian Prof Khoo itu dianggap tidak selari dengan pendirian gerakan mahasiswa hari ini.
"Justeru MPP Unisel merasakan Prof Khoo tidak layak untuk diangkat sebagai canselor oleh kerana tidak mengiktiraf suara dan hak kebebasan mahasiswa juga sejarah pergerakan mahasiswa di Malaysia," tambahnya.
MPP Unisel juga, katanya, menolak dakwaan Pro-Mahasiswa Unisel yang menyatakan bahawa mereka mewakili suara seluruh mahasiswa universiti tersebut.
"Hal ini kerana, 500 tandatangan yang diperolehi tidak mewakili keseluruhan kira-kira 13, 000 orang Unisel," tambahnya.
Sehubungan itu, kata Azmi, MPP Unisel akan berbincang dengan pimpinan persatuan mahasiswa fakulti dan kolej, sebelum mengemukakan cadangan untuk dibawa kepada ahli lembaga pengarah universiti dan mendapat perkenan Sultan Selangor.
Katanya, MPP Unisel berharap semua pihak berlapang dada untuk menerima kritikan dan juga cadangan.
"MPP Unisel juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kumpulan mahasiswa serta pentadbiran Unisel dalam usaha masa depan universiti dan mahasiswa yang lebih baik," katanya.
http://malaysiakini.com/news/152344
 
No comments:
Post a Comment