Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.
Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.
Sangat tidak beretika
"Adalah sangat tidak  beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi  perbualan semasa mengadap," tambahnya.
Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru  semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat  andaian yang tidak menentu.
Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap  supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan  dan nama baik pihak istana.
Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan  mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di  kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya  kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Ia  bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz,  Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan  itu.
Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24  Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana  menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bimbang dengan perkembangan itu,  beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron  pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan  kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan  perpaduan.
Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri  Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam  pertemuan itu.
http://malaysiakini.com/news/152373
 
 
No comments:
Post a Comment