Jan 4, 11
5:41pm
"Kita mahu kerajaan tarik balik kelulusan serta merta. Kita beri masa seminggu untuk mereka berbuat demikian," katanya dalam satu sidang media hari ini.
'Tak perlu panggil pariah'
Tambahnya, isu  yang dipertikaikan bukanlah penggunaan istilah "pariah" yang digunakan dalam  Interlok yang ditulis Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain  (bawah, kiri) itu.
"Isu yang sebenar adalah (tindakan)  memperkecil-kecilkan masyarakat India (melalui buku tersebut).
"Anda perlu ingat, interpretasi yang diberikan di dalam  buku ini tidak boleh diterima. Mungkin benar bahawa pekerja (dari India) dibawa  untuk bekerja di sini, tapi anda tidak parlulah memanggil mereka dengan nama  pariah dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, pengerusi bersama gabungan NGO berkenaan, K Arumugam pula  berkata, perkara yang perlu diberi perhatian adalah kesan yang wujud dalam  pemikiran pelajar, hasil daripada penggunaan buku berkenaan.
"Novel ini  ditulis berdasarkan maklumat sejarah jadi ia perlu tepat. Jika gambarannya  salah, ia merupakan satu bencana intelektual," katanya dalam sidang media yang  sama.
Katanya, penulis novel berkenaan perlu menjalankan kajian mendalam  sebelum ia diterbitkan untuk memahami latarbelakang sejarah yang berlaku ke atas  masyarakat tersebut.Beliau memberi contoh satu kertas berhubung satu kajian ke  atas masyarakat India di kawasan bandar yang dijalankan antara tahun 1920 hingga  1940.
"Perkataan pariah langsung tidak disebut dalam kertas itu," katanya yang  menjelaskan bahawa kertas berkenaan telah menjelaskan bagaimana masyarakat India  dari golongan pekerja berubah menjadi golongan nasionalis.
"Kenapa  perkara itu tidak dimasukkan (dalam Interlok)? Buku seperti ini perlu  menjadikan kita bangga dengan negara ini, bukan memecah-belahkan kita,"  tambahnya.
http://malaysiakini.com/news/152414
 
 
No comments:
Post a Comment