Jan 4, 11
12:37pm
Kumpulan ini juga membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan Selangor sebagai 'hadiah' untuk diserahkan kepada Sidek.
Polis yang mengawal ketat sejak awal pagi hanya membenarkan tiga orang wakil masuk ke pejabat Perdana Menteri.
Ketiga-tiga mereka beredar kira-kira 16 minit kemudian dengan disambut laungan "reformasi", "hormati kerajaan negeri" dan "tolak Khusrin".
Rampas kain rentang
Sebelum itu, ketika  kumpulan berkenaan berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, pihak polis  merampas kain rentang yang memangkah muka Khusrin.Kekecohan berlaku seketika namun keadaan berjaya  ditenangkan.
Khairul Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata kerajaan  Pakatan Rakyat Selangor tidak sanggup diperlekeh dalam urusan pentadbiran  negeri.
Memorandum berkenaan, antara lain, menggesa Sidek menghormati hak kerajaan  negeri dalam isu perlantikan Khusrin.
Mereka mendakwa pelantikan Khusrin  yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid  Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme."Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada  hak dalam isu pelantikan ini.
"Membelakangkan hak kerajaan negeri samalah  juga membelakangkan hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar.
Selain itu,  pelantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam  yang diamalkan negeri.
Ramai calon lebih layak
"Kita tolak  Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak."MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita minta KSN  menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam,"  gesanya.
Dalam pada itu, Hasbullah mahu KSN menarik balik pelantikan itu  yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini.
Beliau juga menyeru  mana-mana pihak supaya tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam  isu itu.
"Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej  beliau."Kita minta beliau memberi pertimbangan sewajarnya,"  katanya.
Janice pula mendakwa pelantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj  kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sehubungan itu mereka menggesa KSN  segera menyelesaikan isu tersebut.
Mereka juga mendakwa akan meneruskan  bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan.
http://malaysiakini.com/news/152345
 
 
No comments:
Post a Comment