Monday, November 24, 2008

Ada pegawai jabatan agama pengikut ajaran sesat - Mufti




KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) mendakwa ada di kalangan pegawai di jabatan agama sendiri menjadi pengikut ajaran sesat dan menjadi punca ia sukar dibanteras.

Akibatnya, ia memberi kesan apabila segala aktiviti penguatkuasaan sengaja dilengah-lengahkan dan 'dilemahkan' termasuk Ajaran MLM.

"Saya percaya Ajaran MLM pengubahsuaian kepada ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi..ia nampak tiada kesudahannya walau sudah kerap kali dilaporkan turut dipengaruhi atas faktor tadi (penglibatan pegawai agama)," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan 'lembap' daripada segi siasatan oleh pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan Ajaran MLM yang didakwa mempunyai ciri-ciri bersamaan dengan ajaran Gerakan Pemuda Al-Khafi.

Gerakan Pemuda Al-Khafi sebelum ini didakwa berjaya menarik puluhan ribuan ahli di Malaysia dan di Indonesia yang mengimpikan membina kerajaan Islam tulen yang mana kosnya menelan belanja kira-kira RM452.5 juta.

Dalam pada itu, Mohd. Asri turut mendedahkan, terdapat juga sesetengah pegawai agama yang terlibat dalam amalan tarekat tertentu bertegas tidak menyenaraikan ajaran yang diikuti sebagai haram meskipun menyedari ia bertentangan dengan ajaran Islam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...