Monday, November 24, 2008

Disamun depan rumah

GOMBAK: Seorang pengarah syarikat yang menyangka kepulangannya dari pejabat bakal disambut senyuman girang ahli keluarga sebaliknya tergamam apabila dirompak sebaik dia tiba di hadapan pintu pagar rumahnya.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, mangsa yang berusia 41 tahun terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali muncul di sebelah keretanya sebelum memukul cermin keretanya berulang kali hingga pecah.

Suspek memasukkan tangan ke dalam kenderaan sebelum merampas beg tangan mangsa berisi wang tunai RM10,000.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbabit mangsa yang memandu kereta bersendirian baru sampai di perkarangan rumahnya di Taman Wangsa Permai, Kepong di sini.


Menurutnya, suspek dipercayai dari Indonesia terus melarikan diri bersama seorang lagi penjenayah dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa sebaik berjaya mengambil beg berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081124094718/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...