SELAMAT...aksi wanita yang cuba terjun bangunan
diselamatkan.
KUALA BERANG: Lagi kes cubaan membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Kali ini membabitkan seorang wanita berusia 38 tahun yang mempunyai lapan anak yang cuba terjun dari tingkat atas sebuah bangunan empat tingkat di Kampung Batu 24, dekat sini, semalam.
Kejadian bermula jam 12.15 tengah hari selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai yang melihat seorang wanita berdiri dalam keadaan mencurigakan di tingkat atas bangunan itu sambil memegang pisau menyebabkan kawasan berkenaan mula dipenuhi orang ramai.
Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah mengarahkan laluan berhampiran tempat kejadian ditutup dan aliran trafik dialihkan sementara bagi membolehkan pasukan penyelamat menjalankan tugas.
Bagaimanapun, wanita berkenaan yang berdiri kira-kira tiga jam di tingkat atas bangunan itu berjaya diselamatkan selepas terkejut dengan kehadiran anggota pasukan penyelamat yang memaut lengan dan rambutnya sebelum memaut tali pada kedua-dua kaki wanita itu, jam 3 petang.
Tengku Hamzah berkata, wanita itu dikatakan mempunyai tekanan perasaan selepas mendakwa tidak dipedulikan suami selain mempunyai sejarah gangguan mental.
“Wanita itu, pekerja sebuah restoran dan sebaik diselamatkan, diberikan rawatan awal oleh kakitangan Hospital Hulu Terengganu sebelum dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
“Polis akan mendapatkan keterangan mangsa berhubung kejadian itu sebaik dia pulih dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri,” katanya.
Sementara itu, suami wanita berkenaan berusia 63 tahun ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, sebelum dimaklumkan polis yang isterinya berada di bangunan itu, dia ada bertengkar dengan wanita itu yang mengamuk termasuk memecahkan cermin keretanya.
“Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia cuba berbuat demikian, malah kehadiran saya di lokasi kejadian langsung tidak membantu, sebaliknya menyebabkan dia terus terjun.
“Saya beberapa kali cuba memujuknya, tetapi dia nampaknya begitu marah dan terjun dari bangunan itu tetapi nasib baik pasukan penyelamat sempat menyelamatkannya,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081124094651/Article/index_html

***Lain surat kabar lain laporannya.. yang mana satu nak percaya yerr..***
No comments:
Post a Comment