Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
TELITI...Shahrir melihat cendawan yang dihasilkan di Pusat
Khidmat AADK Desa Damai, semalam.
JOHOR BAHRU: Harga barangan keperluan di pasaran tidak dapat diturunkan dengan lebih cepat berbanding dengan harga minyak yang setakat ini sudah lima kali diturunkan kerana ia membabitkan situasi berbeza.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata bagi memastikan kempen penurunan harga barang dapat dilaksanakan, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan harga barang.
“Harga minyak turun sebab harga minyak mentah dunia turun dengan cepat sehingga kita dapat menurunkan harganya lima kali, namun bagi barang lain harganya tidak mencatatkan turun naik seperti harga minyak kerana ia turun ikut cara sendiri, tetapi ada penurunan yang dapat dirasainya terutama membabitkan barang makanan yang dikilang dan harga runcit,” katanya selepas merasmikan Program Tautan Kasih dan Integrasi Residen Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama masyarakat di Parlimen Johor Bahru di Pusat Khidmat AADK Desa Damai, semalam.
Menurutnya, pada masa ini kementerian menjalankan pemantauan dan carta harga barang pasar raya setiap hari membabitkan kawasan bandar di seluruh negara.
Beliau berkata, carta harga barangan itu boleh didapati di laman web kementerian bagi membolehkan orang ramai sendiri membuat perbandingan.
Selain itu, katanya, tarif bekalan elektrik juga tidak mencatatkan penurunan kerana penjanaan elektrik bukan membabitkan penggunaan minyak, sebaliknya menggunakan gas asli dan arang batu.
Katanya, sebahagian besar penjana elektrik di Semenanunjung menggunakan gas asli dan arang batu, manakala penjana elektrik di Sabah menggunakan diesel.
Shahrir berkata, penurunan harga minyak dunia tidak membawa kepada penurunan gas asli dan arang batu yang menyebabkan tarif bekalan elektrik tidak dapat dikurangkan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081124091850/Article/index_html

No comments:
Post a Comment