Monday, November 24, 2008

Kes Aziz M. Osman ke Mahkamah Tinggi Syariah


Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@yahoo.com


AZIZ M. OSMAN bersama anak-anaknya, Puteri Nurul Fateha (kiri) dan Puteri Nur Asyiqin keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA TERENGGANU - "Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat lagi untuk menguraikan perkara yang kusut ini."

Itu harapan pelakon dan pengarah, Aziz M. Osman, 46, mengenai status perkahwinannya dengan Nor Radhiah Ramli, 22.

Aziz berkata demikian selepas hakim Mahkamah Rendah Syariah, Kamalruazmi Ismail memutuskan kes yang disebut semalam itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini atas tiga alasan.

Alasan itu ialah kerana kes tersebut mendapat liputan meluas pelbagai pihak sebelum kes difailkan dan Mahkamah Tinggi Syariah lebih berupaya mengendalikannya.


NOR RADHIAH hadir di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Kedua, katanya, kes tersebut juga melibatkan banyak pihak termasuk pihak yang menguruskan permohonan, mengeluarkan surat kelulusan dan pihak menjalankan upacara pernikahan Aziz dan Nor Radhiah.

Alasan ketiga ialah kerana beliau pernah mendengar kes Nor Radhiah sebelum ini (pengesahan perkahwinan dengan suami terdahulu) dan lebih adil jika kes tersebut dibicarakan oleh pihak lain.

Bagaimanapun, Kamalruazmi menerima permohonan responden untuk menjawab afidavit yang dikemukakan oleh pemohon untuk diserahkan kepada mahkamah Ahad ini.

Aziz yang diwakili peguam, Amli Embong dalam prosiding kelihatan tenang namun Nor Radhiah yang memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan itu tidak hadir.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...