Muda Mohd Noor Nov 24, 08 5:13pm
Kumpulan penyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mula berkempen supaya bahagian Wanita Umno mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan ketua Wanita, setelah mendapat tahu ada calon yang akan mencabar beliau bagi jawatan naib ketua.
Seorang pemimpin Wanita Umno yang enggan namanya disiarkan berkata, mengikut perancangan pelan peralihan kuasa, jawatan ketua dan naib ketua tidak dicabar.
Katanya, exco Wanita Umno setuju supaya penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz menyerahkan jawatannya itu kepada Shahrizat pada bulan Jun depan.
"Datuk Seri Shahrizat dan exco Wanita setuju dengan rancangan tersebut bagi menjamin pelan peralihan kuasa dalam pergerakan itu berjalan lancar.
"Ini bermakna Datuk Seri Shahrizat tidak akan mencabar Tan Sri Rafidah dalam pemilihan parti," katanya.
Bagaimanapun, perancangan dan persetujuan awal itu gagal kerana ada pihak tertentu, termasuk dari kalangan exco Wanita sendiri, yang mahu mencalonkan seorang bekas pemimpin Puteri Umno, bertanding menentang Shahrizat.
Tetapi, pemimpin berkenaan bukan Datuk Kamilia Ibrahim yang mengambil keputusan bertanding jawatan naib ketua Wanita Umno.
Selain Kamilia, seorang lagi yang turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib ketua Wanita ialah bekas ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said.
‘Penyokong Shahrizat marah'
Bagaimanapun, menteri pelancongan itu gagal mendapat pencalonan yang mencukupi untuk membolehkan beliau bertanding jawatan naib ketua Wanita.

Katanya, apabila berita ini diketahui oleh penyokong Shahrizat, mereka tidak setuju dan marah dengan perkara tersebut.
"Pada mulanya, Datuk Seri Shahrizat setuju dengan pelan peralihan pada bulan Jun tetapi setelah mengetahui perkara tersebut, beliau menjadi serba salah.
"Sebab itu kita tidak setuju dengan pelan peralihan tersebut sehingga terpaksa menukar pelan kepada berkempen supaya Datuk Seri Shahrizat layak bertanding jawatan ketua Wanita Umno.
"Kita mula turun ke bahagian memberitahu bahagian-bahagian Wanita supaya mencalonkan Datuk Seri Shahrizat untuk jawatan ketua Wanita Umno," katanya lagi.
Pemimpin Wanita itu berkata, salah satu sebab lagi pelan peralihan kuasa itu bertukar ialah kerana mereka tidak setuju dengan kedudukan Shahrizat hanya menjadi pemangku ketua Wanita Umno selepas bulan Jun.
Katanya, mereka mempersoalkan bagaimanakah Shahrizat hendak menjadi pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) jika hanya kedudukannya sebagai pemangku ketua Wanita Umno.
‘Keadaan tidak menentu'
"Sebenarnya isu ini telah menyebabkan berlaku keadaan kelam kabut dalam Wanita Umno kerana ada penyokong Shahrizat dan penyokong Rafidah.
"Bagi menyelesaikan masalah ini, Rafidah tidak perlu mempertahankan jawatannya dan setuju dengan pelan peralihan Mac depan," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Terengganu, Senator Wan Ramlah Ahmad pula berkata, semua pemimpin pergerakan itu termasuk Shahrizat setuju dengan pelan peralihan asal.
Bagaimanapun, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak pada bulan Mac, ramai exco Wanita yang mahu peralihan kuasa dalam pergerakan itu juga diadakan pada bulan Mac.
Maka katanya, berlaku keadaan tidak menentu di kalangan Wanita sehingga akhinya Shahrizat mengumumkan bertanding jawatan ketua Wanita menentang Rafidah.
http://www1.malaysiakini.com/news/93648
No comments:
Post a Comment