Monday, November 24, 2008

Amukan isteri sakit hati - Wanita ugut terjun bangunan selepas sangka suami kahwin lain

Oleh ALIAS ISMAIL
berita@kosmo.com.my



Dengan memegang pisau wanita ini mengugut untuk terjun dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

HULU TERENGGANU - Gara-gara menyangka suaminya berkahwin lain, seorang suri rumah berusia 38 tahun bertindak nekad cuba terjun dari atas bangunan empat tingkat di Kuala Berang di sini semalam.

'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.

Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.

Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.



Dua anggota bomba dan seorang awam sempat memegang wanita yang tergelincir dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang, Terengganu.

--------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.

"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.

Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.

Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...