Sunday, January 18, 2009

Enam maut akibat wabak salmonella melanda Amerika

WASHINGTON - Syarikat Kellogg Co. di Amerika Syarikat (AS) menarik balik 16 produk makanan berikutan pencemaran salmonella di sebuah kilang di Georgia.

Setakat ini, ratusan orang di 43 buah negeri AS jatuh sakit manakala enam lagi meninggal dunia akibat wabak salmonella yang menyebabkan penyakit cirit-birit, demam dan kekejangan tubuh badan.

Kelmarin, syarikat Kellogg menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia menarik balik biskut Keebler dan mentega kacang keluarannya dari pasaran.

Seorang pegawai Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS, Sandra Williams menasihatkan orang ramai tidak memakan makanan itu dan menghubungi doktor dengan segera jika mendapati terdapat gejala-gejala keracunan makanan.

"Kellogg memberi reaksi segera berhubung risiko kesihatan awam selepas diberitahu kemungkinan terdapat masalah daripada pihak pembekal," katanya.

Beberapa pegawai persekutuan menyatakan siasatan kini ditumpukan ke atas adunan kacang dan mentega kacang yang dikeluarkan di kilang milik Peanut Corp. of America di Blakely, Georgia. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...