Sunday, January 18, 2009

Wan Farid nafi beri wang pada wartawan

Jan 17, 09 10:29am

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menafikan beliau terlibat dalam memberikan wang kepada dua wartawan sebuah lamanweb di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, petang semalam.

Beliau berkata dalam tempoh pilihanraya kecil sekarang, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan untuk memburukkan peribadinya.

"Saya tidak ada wang untuk ditawar kepada sesiapa...itu bukan saya punya. Anda tahu orang boleh buat apa sahaja terutamanya dalam pilihanraya kecil apabila anda menjadi perhatian.

"Yang pasti ia bukannya daripada Barisan Nasional...saya boleh pastikan. Itu bakan wang saya,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di Kuala Terengganu hari ini, lapor Bernama.
Beliau yang ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ketika bertemu para pengundi di sekolah berkenaan selepas mengundi pada jam 8.02 pagi.

Wan Ahmad Farid menegaskan beliau mahu menang pilihan raya kecil ini dengan cara adil tanpa bersubahat dengan sesiapa atau melakukan yang menyalahi undang-undang.

Semalam, dua wartawan lamanweb berbahasa Mandarin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mendakwa diberikan satu sampul surat berisi wang ketika berada di pusat media berkenaan.

http://www1.malaysiakini.com/news/96650

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...