Sunday, January 18, 2009

Ibu terima panggilan telefon anak yang diculik

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my



ALOR STAR - Bapa kepada gadis sunti yang dilarikan lelaki Myanmar kesal dan mempersoalkan penguatkuasaan sempadan sehingga lelaki yang membawa lari anaknya bolos hingga ke Thailand.

Peniaga kedai makan, Tan Beng Seong, 39, berkata, bagaimana anaknya, Tan Hui Ming (gambar), 14, yang tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri boleh dibawa keluar begitu sahaja oleh lelaki yang dikenali sebagai Kamble tanpa sebarang halangan daripada pihak penguat kuasa.

"Anak saya ada telefon isteri saya beritahu dia disembunyikan dekat Empangan Beris dekat Sik beberapa hari sebelum dibawa ke Alor Setar dan di situ ada sebuah van dipercayai ejen haram bawa dia dan Kamble ke Bukit Kayu Hitam.

"Dari situ mereka naik motosikal yang dibayar RM10 seorang untuk melepasi sempadan sebelum ada sebuah van lain dan seorang pemuda Thailand menunggu mereka untuk dibawa ke utara negara itu,"
jelasnya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...