Sunday, January 18, 2009

Pengundian tamat, PAS yakin menang, SPR buat PC 6 petang



17 Jan 2009 5:31PM

KT: Proses pengundian pilhan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir pukul 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus.

Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.

SPR akan mengadakan sidang media pada pukul 6 petang ini.

Lebih 72 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Setakat pukul 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan 72 peratus sudah pun menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pengundian akan ditutup setengah jam lagi iaitu pada pukul 5 petang.

Bilangan yang keluar mengundi setakat pukul 2 petang ialah 62 peratus dan ia meningkat kepada 68 peratus menjelang 3 petang.

"Bagaimanapun perubahan peratusan keluar mengundi pada sebelah petang adalah kecil berbanding sehingga tengah hari tadi," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Pengundian berjalan dengan lancar ketika peluang bagi parti untuk menang dikatakan masih seimbang.

Bagaimanapun Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Mutallib Embong berkata, peluang bagi calon mereka untuk menang kelihatan cerah.

"Berdasarkan senyuman dan isyarat kami saya akan menang," kata beliau ketika dihubungi dan menambah, sehingga sekarang (pukul 3 petang tadi) peratusan mengundi sudah hampir 75 peratus.

Mengenai kemungkinan faktor kepada keyakinan itu, beliau berkata ia disumbangkan oleh sokongan pengundi-pengundi Cina.

Justeru, kata beliau, pihaknya mahu tunggu dan lihat memandangkan peratusan tersebut terus mengalami peningkatan. / Mstar

http://www.klpos.com/news/2009/01/17/1.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...