Sunday, January 18, 2009

Lampu moden cemar hidupan


CAHAYA lampu yang berwarna-warni disalah tafsir hidupan sebagai sumber air.
--------------------------------------------------------------------------------


WASHINGTON - Sepasukan penyelidik antarabangsa mendapati pantulan lampu moden daripada bangunan atau tiang lampu jalan boleh memberi kesan pencemaran kepada alam.

Malah, dalam laporan diterbitkan jurnal Ecology and the Environment, mendedahkan sinaran struktur lampu itu boleh mengelirukan haiwan selain mengubah tingkah laku hidupan.

Seorang pakar ekologi Universiti Michigan State, Bruce Robertson berkata, spesies burung, reptilia dan serangga antara haiwan paling teruk mengalami kebingungan akibat lampu itu.

"Mata hidupan ini banyak bergantung kepada sinaran pantulan seumpama perangkap ekologi apabila mereka keliru menyangka lampu itu adalah sumber air," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...