Sunday, January 18, 2009

Palestin rugi AS$1.4b

RAMALLAH – Serangan tentera Israel di Genting Gaza telah menyebabkan Palestin mengalami kerugian sebanyak AS$1.4 bilion (RM5 bilion), kata beberapa pegawai.

Biro Statistik Palestin menyatakan seramai 26,000 penduduk Gaza tidak dapat tinggal di rumah mereka dan kini menginap di pusat-pusat perlindungan.

Ia menganggarkan kira-kira 20,000 bangunan kediaman musnah akibat serangan tentera udara, darat dan laut Israel yang bermula sejak 27 Disember lalu. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...