Wednesday, January 14, 2009

Pengacara TV baling telefon


LUPSE berang selepas tiada siapa menghubunginya.
--------------------------------------------------------------------------------

BUCHAREST - Sebuah stesen televisyen di Romania didenda sebanyak AS$1,591 (RM5,693) selepas seorang pengacara program kuiz yang disiarkan secara langsung membaling telefon apabila tiada penonton membuat panggilan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengacara itu, Adela Lupse menjerit-jerit di hadapan kamera sebelum dia menghempas telefon ke lantai dan memijaknya selepas berang tiada siapa mahu membuat panggilan kepadanya.

"Saya mahu telefon ini berdering, anda semua hubungi saya sekarang," katanya.

Lupse yang sudah tiga tahun bekerja sebagai pengacara kemudian dipecat oleh pihak pengurusan syarikat televisyen National TV.

Bagaimanapun, Majlis Kebangsaan Audiovisual Romania mendenda syarikat televisyen itu kerana menganggap tindakan Lupse sebagai ganas. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_11.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...