Wednesday, January 14, 2009

Pesakit dirawat dalam bilik air


JOYNES ditempatkan di bilik air hospital di Liverpool.
--------------------------------------------------------------------------------

LIVERPOOL - Seorang pesakit, Gladys Joynes terpaksa ditempatkan di dalam bilik air sebuah hospital selama 12 jam kerana wad terlalu sesak, lapor sebuah akhbar semalam.

Perkara itu terbongkar apabila saudara-mara Joynes, 79, merakamkan gambarnya sedang baring di atas katil yang diletakkan di dalam sebuah bilik air di Royal Liverpool Hospital.

Joynes yang menghidap penyakit Alzheimer ditempatkan di dalam bilik air yang mempunyai sebuah tandas dan tong sampah.

Pekerja-pekerja hospital juga terpaksa meletakkan talam makanan wanita malang itu di lantai kerana mereka tidak mempunyai meja.

Ketua eksekutif hospital itu, Tony Bell berkata, hospital tersebut menghadapi jumlah pesakit yang terlalu ramai dan pihaknya akan menyiasat kejadian yang menimpa Joynes. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...