Friday, February 20, 2009

Bantu usahawan letak produk di Kedai Mesra

Bantu usahawan letak produk di Kedai Mesra


CAJ meletak barang yang mahal di rak Kedai Mesra Petronas di seluruh negara dikenal pasti antara punca pelbagai produk usahawan Bumiputera sukar menembusi pasaran di stesen minyak berkenaan. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata setakat ini, kementerian ada 36 pembekal usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dipilih bagi membekalkan produk mereka.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, kementerian belum mendapat tempat secukupnya kerana mengikut rekod lebih 30 peratus Kedai Mesra kita dapat tembusi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Taib Azamuddin Md Taib (Pas-Baling) di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi termasuk yuran tinggi meletakkan barang di rak disediakan di kedai berkenaan.

“Bayaran yang mahal ini sedang dirundingkan dan saya sudah jelaskan ada usahawan Bumiputera yang tidak mampu menjelaskan caj ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, melalui Mara dan Tabung Usahawan Kecil (Tekun), kementerian memberikan pinjaman kepada mereka bagi membayar bayaran itu.

Menurutnya, kementerian juga bekerjasama dengan Petronas bagi membawa mereka melihat program gerak usahawan kerana melalui program itu akan dipamerkan pelbagai produk tempatan di kedai itu.

Beliau berkata, dengan adanya usaha itu, lebih banyak lagi produk tempatan akan dibenarkan dijual di Kedai Mesra itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220091132/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...