Friday, February 20, 2009

Elizabeth bercuti ke Asia Timur


Inilah Toyota Hilux yang didakwa sering dipandu bekas teman lelaki Elizabeth Wong (gambar kecil).



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Elizabeth Wong yang dilanda kontroversi ekoran penyebaran gambar bogelnya telah berlepas ke sebuah negara Asia Timur untuk bercuti bagi menenangkan fikirannya.

Dalam kenyataan yang difakskan kepada media semalam, Elizabeth, 37, sekali lagi menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti dan berharap mereka dapat memahami kesukaran yang saya hadapi ketika ini," katanya.

Dalam kenyataan lapan perenggan itu, Elizabeth tidak menyatakan negara mana beliau pergi tetapi mengikut seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), wanita itu telah berlepas ke sebuah negara Asia Timur.

Elizabeth dalam kenyataan itu turut melahirkan kekecewaannya kerana mendakwa masih terdapat pihak yang mahu terus menyebarkan lebih banyak gambar dan klip video bogelnya.

"Saya perlu berehat dan mencari ketenangan fikiran serta menjauhkan diri daripada peristiwa hitam yang sedang melanda kehidupan saya ini," katanya.

Wakil rakyat daripada PKR itu mencetuskan kontroversi pada Selasa lalu selepas beberapa gambar separuh bogelnya tersebar di Internet.

Gambar separuh bogel daripada pelbagai sudut itu dikatakan dirakamkan ketika ahli politik itu sedang tidur di rumahnya di Petaling Jaya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...