Friday, February 20, 2009

Debat isu bogel Elizabeth

Debat isu bogel Elizabeth





KUALA LUMPUR - Isu gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mendorong seorang pemimpin dari parti Gerakan bertekad untuk meletakkan jawatan jika Pakatan Rakyat (PR) dapat membuktikan Barisan Nasional (BN) merupakan dalang di sebalik penyebaran gambar tersebut.

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan (gambar) berkata, beliau sedia meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Gerakan sekiranya PR dapat membuktikan BN mempunyai kaitan dengan isu tersebut namun jika perkara sebaliknya berlaku, PR perlu meminta maaf kepada BN dan rakyat di negara ini.

"Pakatan Rakyat perlu menyediakan bukti untuk menyokong tuduhannya yang mengatakan BN di sebalik isu menyebarkan gambar-gambar itu.

"Sebagai Naib Presiden Gerakan, saya bersedia meletak jawatan sebagai Naib Presiden Gerakan Kebangsaan jika PR boleh membuktikan BN menyebarkan gambar-gambar itu,'' katanya dalam satu kenyataan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...