Friday, February 20, 2009

Tarian Bollywood jadi kegilaan di AS


KANSAL mengetuai pelajar lain berlatih tarian Bollywood di Denver Selasa lalu.



DENVER - Kelas tarian Bollywood yang disesuaikan dengan pergerakan hip-hop mendapat sambutan menggalakkan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS).

Sekolah Bollywood Barat di sini terpaksa mencari studio lebih luas selepas semakin ramai menyertai kelas tarian itu yang diadakan selama empat hari seminggu.

"Saya mengajar tarian ini di New York dan apabila saya berpindah ke sini, saya berasa ragu-ragu. Namun, saya kini menggandakan bilangan kelas dalam tempoh sebulan," kata pengajar tarian itu, Renu Kansal yang membuka kelas itu sejak tahun 2006.

Seorang akauntan, Tina Striegel berkata, dia jatuh cinta dengan filem Bollywood selepas melihat filem Slumdog Millionaire yang mengandungi adegan tarian.

"Saya mahu sesuatu yang berlainan," katanya.

Di Houston, terdapat lima cawangan kelas tarian Bollywood dibuka kepada orang ramai.

Seorang pengajar tarian Bollywood di bandar Naperville, Illinois, Bhagya Nagesh berkata, tarian itu semakin dikenali kerana filem-filem Bollywood. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...