Friday, February 20, 2009

Samun - Suspek potong telinga

Suspek potong telinga


SABAK BERNAM: Seorang kerani sekolah hampir putus telinga kanannya akibat dikelar dipercayai menggunakan pisau Rambo oleh sekumpulan penyamun dalam kejadian di sebuah rumah di Parit 13, Sungai Panjang, Sungai Besar di sini, 11 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam penuh tragis itu, mangsa turut ditumbuk di bahagian belakang badan sebelum diikat bersama lima keluarganya yang lain

Susulan kejadian itu, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menubuhkan satu pasukan khas memburu penjenayah terbabit sebelum menahan dua suspek dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata dua lelaki, kedua-dua berusia 23 tahun ditahan dalam dua serbuan bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini.

“Kedua-dua suspek yang ditahan ini adalah penagih dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Kita kini memburu dua lagi rakan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, dua suspek yang dikehendaki itu ialah Mohamad Zulkefli Mohd Hisham, 26, dari Kampong Hala Cara Baru Parit 16, Sungai Panjang dan Hisyamuddin Ahmad Tamrin, 24, dari Desa Kasih Merbau Berdarah, Sungai Panjang.

Dengan penahanan dua suspek terbabit, polis menemui semula barang yang disamun dianggarkan bernilai RM12,000.

Antara barang yang dirampas termasuk wang tunai, barang kemas, kamera, telefon bimbit dan beberapa resit gadai yang mengandungi nama pendaftaran kedai pajak gadai.

Noor Mushar berkata, dengan penahanan itu polis berjaya menyelesaikan dua kes samun sepanjang bulan ini iaitu membabitkan Parit 13 Sungai Panjang dan samun warga emas pada 7 Februari lalu.

Menurutnya, dua suspek yang dikehendaki itu ialah Mohamad Zulkefli Mohd Hisham, 26, dari Kampong Hala Cara Baru Parit 16, Sungai Panjang dan Hisyamuddin Ahmad Tamrin, 24, dari Desa Kasih Merbau Berdarah, Sungai Panjang.

“Kedua suspek ini juga mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dengan salah seorang daripadanya mempunyai empat rekod kesalahan lampau.

“Kita yakin kedua-dua suspek yang diburu masih berada di sekitar daerah ini dan gerakan memburu mereka sedang giat dijalankan,”
katanya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menyalurkan kepada balai polis terdekat.

Malah polis juga tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas ahli keluarga, rakan atau individu yang cuba menyembunyikan dua penjenayah terbabit.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faisal Che Azmi di talian 017-9042818 atau talian hotline IPD 03-32245963 atau balai polis berhampiran.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220092216/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...