Friday, February 20, 2009

Kes Exco Selangor - Elle

Dua lelaki ditahan malam tadi





KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar separuh bogel Exco Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping, malam tadi.

Difahamkan, kedua-duanya ditahan di sekitar ibu kota kira-kira jam 8.30 malam tadi oleh sepasukan polis.

Bagaimanapun, mereka bukan teman lelaki Elizabeth namun berkemungkinan dapat membantu siasatan dalam kes berkenaan. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria mengesahkan penahanan dua lelaki terbabit namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, polis akan mengadakan sidang media berhubung penahanan mereka hari ini.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220092717/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...