Friday, February 20, 2009

Peluang Netanyahu jadi PM kian cerah

Peluang Netanyahu jadi PM kian cerah




BAITULMAQDIS - Pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu (gambar) semalam memperoleh bilangan kerusi yang selesa untuk membentuk kerajaan setelah mendapat sokongan pemimpin Parti Yisrael Beiteinu, Avigdor Lieberman.

Sokongan Lieberman itu sekali gus membolehkan Netanyahu dilantik sebagai Perdana Menteri setelah beliau memperoleh 65 kerusi daripada 120 kerusi di parlimen.

Ketika bertemu Presiden Shimon Peres, Liberman berkata beliau akan menemui parti-parti berkenaan sebelum membentuk kerajaan campuran.

"Kami tidak bercakap mengenai kerajaan yang mempunyai majoriti terhad. Kami memerlukan tiga parti iaitu Likud, Kadima dan Yisrael Beitenu untuk mentadbir negara," kata pendatang dari bekas Kesatuan Soviet tersebut.

Peres mengadakan perbincangan dengan pemimpin Likud dan Parti Kadima yang dipimpin Menteri Luar, Tzipi Livni kelmarin manakala pertemuan dengan 10 parti kecil diadakan lewat semalam.

"Netanyahu akan menjadi Perdana Menteri yang turut diserai Livni," kata Lieberman.

Tambahnya, Livni harus melupakan hasratnya untuk mewujudkan sistem Perdana Menteri giliran kerana ia akan menyebabkan ketidakstabilan. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...