Sunday, March 1, 2009

Kes Elizabeth: Sultan tak campur

Kes Elizabeth: Sultan tak campur


SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan melalui media baru-baru ini.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda semalam untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi gambar bogel tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

“Sultan Selangor menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik.

“Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik,” kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...