Sunday, March 1, 2009

Nikmati hidup bebas


BINYAM menutup mukanya selepas beliau meninggalkan Pangkalan Tentera Udara Northolt, barat London kelmarin.


LONDON - Bekas tahanan penjara Guantanamo di Cuba, Binyam Mohamed kini menikmati hidup pertamanya sebagai seorang manusia yang hidup bebas setelah ditahan di beberapa buah penjara selama tujuh tahun.

Bekas penduduk tetap Britain itu ditemukan dengan kakaknya, Zuhra di London kelmarin.


GAMBAR fail menunjukkan wajah Binyam pada 2000.


Menurut peguam tenteranya, Leftenan Kolonel Yvonne Bradley, Binyam menghabiskan masa seharian dengan membeli-belah bersama kakaknya.

Rakyat Habsyah itu ditahan di Pakistan pada 2002 kerana didakwa menyertai kem latihan Al-Qaeda dan merancang untuk membina bom radioaktif.

Dia yang mendakwa didera oleh beberapa pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) di satu lokasi rahsia di Maghribi sebelum merengkok di penjara Guantanamo tidak pernah dibicarakan sehingga kini.

Menurut Bradley, pihaknya akan meminta sejumlah dokumen perisikan dan undang-undang bagi membuktikan pentadbiran bekas Presiden George W. Bush menghantar Binyam ke Maghribi untuk didera.

Pembebasan Binyam itu merupakan arahan pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang mengarahkan penjara di Teluk Guantanamo, Cuba ditutup setelah dua hari beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Keadaan kesihatan Binyam tidak berada dalam keadaan baik kerana kekurangan zat melampau sehingga menyebabkan badannya tidak bermaya dan kurus kering.

- AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...