Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
DUNGUN: Seorang abang tergamak membiarkan adik kandung yang juga seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi mangsa rogol beberapa rakan ketika berkunjung ke rumahnya.
Perbuatan lelaki terbabit juga penagih dadah dengan hanya berdiam diri dalam kejadian pertama tiga tahun lalu, menyebabkan mangsa terus menjadi bahan pemuas nafsu rakannya.
Difahamkan semua lelaki terbabitjuga penagih dadah sering bertandang ke rumah berkenaan ketika ibu dan bapa serta adik-beradik mangsa lain tiada.
Mangsa yang mempunyai masalah lembam kini berusia 20 tahun.
Perbuatan seperti binatang semua rakan abang mangsa semakin kerap sejak tiga bulan lalu hingga menyebabkannya disahkan hamil.
Rahsia tiga tahun itu akhirnya terbongkar apabila ibu mangsa berusia 49 tahun melihat keadaan anaknya itu sering loya, muntah dan pening sejak sebulan lalu.
Mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan kesihatan kira-kira jam 8 pagi, Selasa minggu lalu.
Hasil pemeriksaan itu, doktor mengesahkan gadis itu hamil lebih dua bulan.
Terkejut dengan keadaan itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Dungun, jam 6.20 petang hari sama.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata mangsa dipercayai dirogol beberapa lelaki yang juga rakan abangnya ketika seorang diri di rumah selepas ibu dan bapanya masing-masing sebagai pembantu rumah dan buruh, bekerja.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dirogol lebih sekali oleh beberapa suspek, rakan abang mangsa dipercayai penagih.
“Anak ketiga daripada enam beradik itu mendakwa pernah dirogol seorang daripada suspek ketika berusia 17 tahun dan sekali lagi mengulangi perbuatan sama bersama beberapa suspek lain menyebabkan dia hamil,” katanya.
Menurutnya, keadaan fizikal mangsa menyebabkan dia tidak mampu mengadu kepada keluarga berhubung kejadian menimpanya.
Beliau berkata, usaha menahan semua suspek sedang dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081129100642/Article/index_html
No comments:
Post a Comment