PERIKSA...Pak Su Isa memeriksa tekanan darah pesakitnya.
PADANG TERAP: “Saya bukannya bomoh atau doktor,” kata pengamal perubatan alternatif, Mehad Saud, 58, yang popular di kalangan penduduk Kampung Bonggol, Padang Sanai, dekat sini, kerana menggabungkan rawatan tradisional dengan peralatan perubatan moden.
Mehad yang lebih selesa dipanggil sebagai Pak Su Isa, turut digelar ‘bomoh moden’ kerana menggunakan alat tekanan darah, steteskop dan lampu suluh setiap kali memeriksa pesakitnya.
Malah, keunikannya bukan saja terletak pada kaedah rawatannya tetapi juga pada pusat rawatannya yang didirikan di atas sebatang pokok jati sebesar tiga pemeluk, menjadikan ia sebagai suatu tempat perubatan pertama seumpama itu di negara ini.
Menurutnya, dia mewarisi kepakaran perubatan tradisional itu secara turun temurun daripada keluarganya serta sudah menceburi bidang itu sejak 10 tahun lalu. Namun, kombinasi peralatan moden dalam kaedah rawatannya bermula kira-kira empat tahun lalu.
“Selain itu, saya mengikuti lebih 30 kursus perubatan yang diadakan sekitar Kedah bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran sedia ada kerana setiap doktor mempunyai kepakaran masing-masing, begitu juga dengan saya yang khusus pada bahagian usus,” katanya ditemui di pusat rawatannya di Teratak Herba, di Kampung Bonggol, Padang Sanai, dekat sini, semalam.
Mehad berkata, dia bukan memberi ubat kepada kesakitan yang dihadapi tetapi sebaliknya, beliau mendakwa merawat punca penyakit berkenaan.
“Sebagai contoh, segelintir pesakit yang datang mengadu menghadapi sakit kepala disebabkan ‘angin’ yang terlalu banyak dalam badan mereka. Jika angin itu dapat dikeluarkan, maka kesakitan yang dihadapi mereka juga turut hilang,” katanya.
Katanya, setiap ubat pada rawatan penyakit usus yang dimilikinya ini dihasilkan sendiri berasaskan lebih 100 herba yang ditanam di sekeliling rumahnya.
“Antaranya jelatang gajah, keladi dua cabang, senduduk putih dan biru, ginseng, kayu penunduk, kayu panah bulan lima, api tiga lungguk, pokok galak tua, 300 katam dan pokok lipan.
“Campuran beberapa jenis herba akan dapat menghasilkan beberapa jenis ubat-ubatan antaranya sembelit, lemak berlebihan, darah tinggi, jantung dan resdung,” katanya.
Beliau berkata, dia melakukan pekerjaan ini hanyalah disebabkan niatnya untuk membantu orang ramai kerana kelebihan yang dianugerahkan Tuhan kepadanya selain menjadikan pakar perubatan Islam iaitu Ibnu Sina sebagai idolanya.
Sementara itu, salah seorang pesakitnya yang ingin dikenali sebagai Salman Hamat, 35, berkata dia yang menghidap sakit jantung mula diperkenalkan kepada Pak Su Isa oleh seorang rakan.
“Pada mulanya agak terkejut juga apabila melihat dia menggunakan peralatan moden ketika memeriksa saya. Hendak ketawa juga dibuatnya.
“Tetapi sudah terlanjur datang, saya meneruskan niat untuk mendapatkan rawatan. Dia yang mula meyakinkan saya selepas memberitahu kesakitan yang dihadapi saya,” katanya.
Salman berkata, selepas empat bulan dirawat Pak Su Isa, dia diminta membuat pemeriksaan semula di hospital.
“Cukup mengejutkan apabila doktor mengesahkan saya sudah sihat sepenuhnya dan saya tidak putus-putus mengucapkan syukur serta berterima kasih kepada Pak Su Isa,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20081129100233/Article/index_html

No comments:
Post a Comment