MAISARAH (kiri) bersama abangnya, Adnan yang bakal mendermakan tulang sum-sumnya sentiasa ceria bersama di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan kerajaan, Idris Ibrahim, 55, kini dilema apabila dia terpaksa menanggung sendiri kos pemindahan sumsum tulang (BMT) anak bongsunya, Maisarah Hani, 12, yang menghidap leukemia berjumlah RM250,000.
Ini kerana, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang sebelum ini merawat Maisarah sejak 2006 enggan mengeluarkan surat rujukan atas alasan kes rawatan anaknya itu sudah ditutup dan selesai.
Ekoran itu, Idris yang bertugas di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya kini terpaksa berikhtiar untuk meneruskan rawatan terhadap anaknya itu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
"Sejak penghujung 2006 sehinggalah penghujung bulan lalu, Maisarah menjalani rawatan di HUKM tetapi rawatannya terhenti setakat itu saja.
"Ini kerana kumpulan doktor pakar onkologi HUKM mengatakan tiada rawatan lagi untuk Maisarah kerana dia tiada harapan untuk hidup," dakwanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Namun Idris berkata, memandangkan keadaan anaknya yang masih mampu bertutur dengan baik dan berjalan seperti biasa, dia sekeluarga tidak putus asa dan telah berjumpa pakar onkologi, Prof. Dr. Lin Hai Peng di SJMC.
"Di SJMC, Maisarah sambung semula rawatan. Doktor kata dia tunjukkan perkembangan positif dan bersedia untuk menjalani BMT pada Januari depan.
"Jadi terpaksalah saya menanggung sendiri kos rawatan yang tinggi ini sambil mengharapkan simpati orang ramai dan pihak tertentu untuk membantu saya bagi mendapatkan dana sebanyak RM500,000," jelasnya.
Menurut Idris, sebanyak RM16,000 telah digunakan menggunakan wang sendiri.
"Mujurlah pihak SJMC menaja ubat Glivec yang bernilai RM18,000 melalui Tabung WHO bagi kegunaan lapan minggu," ujarnya.
Sementara itu, Maisarah menunjukkan semangat tinggi apabila menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di wad biarpun ketika menjalani proses kimoterapi September lalu.
Maisarah yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik tiada masalah untuk mendapatkan penderma air tulang sumsum kerana abang keduanya, Adnan Ghazali, 20, sedia melakukannya selepas ujian mengesahkan sampelnya sesuai.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:
Post a Comment