Nov 25, 08 5:56pm
Pencalonan bagi jawatan tertinggi Umno jelas menunjukkan bahawa sistem kuota gagal membanteras politik wang, kata mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.
"Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik Umno tidak berlaku dahulu," tulis Dr Mahathir dalam blognya.
Menurut beliau, tidak pernah terjadi di mana presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
"Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.
"Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam Umno," tambahnya.
Dr Mahathir berkata, membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah "tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran."
"Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan Umno. Ini tidak berlaku dahulu," tambahnya.
Undi bonus
Dr Mahathir mengaku bahawa ketika beliau menjadi presiden Umno dan perdana menteri pun ada politik wang.
"Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.
"Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh bahagian," katanya.
Dalam pemilihan Umno pada tahun tersebut, beliau dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah bagi jawatan presiden Umno.
"Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh bahagian.
"Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri," katanya.
Dalam pemilihan Umno 1993, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar Tun Ghafar Baba untuk jawatan timbalan presiden.
Anwar yang ketika itu merupakan naib presiden, mendapat lebih 160 pencalonan, manakala Ghafar hanya memperolehi tujuh pencalonan.
Berikutan tambahan undi bonus yang diperolehi Anwar, maka Ghafar telah menarik diri daripada mempertahankan jawatan tersebut.
Lepas itu, kata Dr Mahathir undi bonus dibatalkan dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.
"Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang," tambahnya.
http://www1.malaysiakini.com/news/93734

No comments:
Post a Comment