Wednesday, December 3, 2008

Keluarga Norman ada datang - Ibu Memey

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE@nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my



MEMEY SUHAIZA belum dilamar.
--------------------------------------------------------------------------------

MERSING - "Memang Norman (Hakim) sekeluarga ada datang ke rumah kami pada hari itu (22 November).''
Demikian jelas Norlela Abdul Rahman, 45, ibu kepada pelakon baru, Memey Suhaiza yang mengesahkan kunjungan keluarga Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon sekeluarga ke rumahnya di Felda Tenggaroh 1 Selatan di sini pada 22 November lalu.

Bagaimanapun tegas beliau, kedatangan keluarga Norman langsung tidak menyentuh mengenai lamaran terhadap anaknya itu.

"Kami langsung tidak bincang mengenai perkara itu," katanya dalam satu pertemuan dengan Kosmo! di rumahnya di sini semalam.

Pada hari tersebut, keluarga Norman berkunjung ke rumah Memey Suhaiza dan ia telah menimbulkan spekulasi bahawa Norman telah menghantar rombongan meminang bagi menutup malu.

Sebelum ini, kedua-dua pelakon itu dikatakan telah bernikah secara rahsia di Thailand. Bagaimanapun, ia dinafikan pelakon tersebut.

Pada 30 Oktober lalu, Norman dan Memey Suhaiza ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 pagi kerana disyaki berkhalwat.

"Mana dapat cerita tidak betul ini (Norman datang melamar Memey Suhaiza),'' kata Norlela yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...