KUALA LANGAT - Seorang bomoh yang kononnya handal merawat pelbagai penyakit misteri disyaki menggunakan ilmu pukau terhadap seorang wanita sebelum mencabulnya beberapa kali sejak 31 Oktober lalu.
Lebih malang dalam kejadian pertama itu, bukan saja si ibu yang menjadi mangsa cabul, malah anak gadis mangsa yang baru berusia 14 tahun juga turut diperlakukan demikian.
Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian tersebut, wanita berusia 40 tahun itu telah pergi ke rumah bomoh berkenaan di sini bagi meminta penawar untuk mengubat penyakit perutnya yang dikatakan buncit dipercayai akibat penyakit busung.
Turut dibawa bersama dalam pertemuan pertama dengan bomoh tersebut ialah anak gadisnya.
Beliau berkata, sebaik berjumpa bomoh itu, suspek terus meminta mangsa masuk ke dalam sebuah bilik kononnya untuk melakukan rawatan.
"Di bilik tersebut, bomoh itu didakwa mencabul mangsa selepas mangsa dipercayai dipukau," katanya.
Katanya, selepas puas mencabul wanita tersebut, suspek kemudiannya meminta mangsa keluar sebelum mengarahkan anak gadis wanita itu pula masuk ke bilik sama.
Anak gadis mangsa juga dicabul sepertimana ibunya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
No comments:
Post a Comment