Wednesday, December 3, 2008

Lelaki mati 'dikerja' tukang urut

Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my




INILAH rumah tempat Azman didakwa mati terkena kejutan elektrik semasa mahu berurut dengan seorang tukang urut di Puchong semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

SUBANG JAYA - Tindakan seorang tukang urut menggunakan kepingan besi dan timah untuk mengurut seorang lelaki mengundang padah apabila seorang pelanggannya mati terkena kejutan elektrik di Kampung Sri Aman, Puchong di sini semalam.

Semasa kejadian pukul 12 tengah malam itu, tukang urut warga Indonesia yang didakwa terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut telah dijemput oleh kembar mangsa bagi mengurut abangnya yang mengalami lenguh tengkuk.

Tukang urut itu yang telah tinggal di negara ini melebihi masa, menggunakan kepingan logam dan timah serta dawai elektrik kononnya untuk melancarkan perjalanan darah setiap pesakitnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa kejadian malam kelmarin, tukang urut itu dikatakan telah meminta mangsanya, Mohd. Azman Mohamad Nor, 26, memegang kedua- dua keping logam itu sebelum menghidupkan elektrik.

"Biasanya ketika mengurut, tukang urut itu menyuruh mangsa memegang sekeping logam sahaja, tetapi pada malam tadi (semalam) dia dipercayai telah tersilap teknik dengan menyuruh mangsa memegang kedua-dua kepingan logam itu," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...