Sunday, May 3, 2009

Kabinet tangguh sementara kenaikan levi

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, Kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan levi berganda ke atas pekerja asing sehingga keadaan ekonomi pulih.

Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan Kabinet Rabu lepas setelah mempertimbangkan permintaan majikan khususnya pengusaha restoran yang berpendapat kenaikan levi itu akan lebih membebankan mereka.

"Kabinet berpendapat ini bukan masa sesuai untuk melaksanakan peraturan kenaikan levi berganda itu ekoran keadaan kemelesatan ekonomi semasa," katanya di sini semalam.

Pada 10 Mac lepas, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri, ketika membentangkan bajet mini di Dewan Rakyat menggariskan langkah menaikkan bayaran levi pengambilan pekerja asing di semua sektor kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...