Itu pengakuan pengendali lamanweb Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam temubual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Sebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan  dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk  Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.
Berikutan adalah transkrip temubual tersebut yang disiarkan dalam lamanweb  TV3.
Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun  2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu  ini
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa  meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra  berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri  Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika  Altantuya dibunuh.
RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI  BLOG MALAYSIA TODAY
"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita  bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan  bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang  saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak  kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat  kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang  saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah  untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan.  Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan  polis."
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada  beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ialah Nik Azmi Nik  Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Menurut Raja Petra seorang  pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal  Abidin juga memberi maklumat yang sama.
"Saya tidak terima lagi cerita  itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak  pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok  fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam,  saya ingat mustahil kot."
Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk  memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila  Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.
Menurutnya dalam pertemuan  dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan  bersumpah itu.
"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak  jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti  Pak Lah"
Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk  mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.
"Din Merican pun contact saya  balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light. Dia  kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal  baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia  pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun  proceed."
Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi  saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.
Bahagian kedua temubual ini  dalam Buletin Utama esok.
http://malaysiakini.com/news/161465
 
 
No comments:
Post a Comment