Pilihan Raya Negeri  Sarawak 2011 kali ini sedang menyaksikan 13 Dun panas yang boleh  disifatkan panas, persaingan sengit dan sedang merimaskan calon-calon  bertanding. Ia diikuti dengan pula dengan enam Dun kelabu bagi  Barisan Nasional Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud.
Berikut adalah jadual yang  menerangkan secara ringkas fakta tersebut. 
 
Berpandukan jadual tersebut, 10 Dun adalah dimenangi BN  pada pilihan raya 2006, hanya tiga Dun (N.09 Padungan, N.28 Engkilili dan N.43  Ngemah) pihak BN kalah. 
Apa pun  berdasarkan perkembangan semasa dan mood kebersamaan pengundi (khususnya  kalangan Dayak dan Cina) menyahut kempen “Jom Ubah” pihak Pakatan Rakyat,  maka dijangkakan 13 Dun panas tersebut bakal dimenangi Pakatan Rakyat atau parti  oposisi BN. 
Di antara parti-parti  Pakatan Rakyat tersebut, KeADILan dijangka memperolehi lima Dun, DAP bakal  memenangi empat Dun dan PAS pula dua Dun. 
Sementara parti-parti oposisi lain adalah dijangka SNAP  mengekalkan kemenangan di Engkilili dan PCM pula akan menawan Dun Ngemah yang  dulunya dimenangi calon PCM atas tiket Bebas. 
Sekiranya benar, jangkaan 13 Dun ini jatuh kepada  Pakatan Rakyat dan parti oposisi. Kemudian, kemungkinan besar DAP dapat  mengekalkan dominasi di enam Dun (N.10 Pending, N.11 Batu Lintang, N.12 Kota  Sentosa, N.40 Meradong, N.45 Bukit Assek dan N.59 Kidurong) yang dimenangi 2006,  maka Pakatan Rakyat bersama SNAP dan PCM akan memenangi sekurang-kurangnya 19  daripada 71 Dun. Ia belum cukup untuk meranapkan keegoan parti BN yang  ditunjangi PBB dan SUPP.
Justeru,  bagi meranapkan dominasi dua pertiga BN, Pakatan Rakyat perlu memenangi 25 Dun.  Ia memerlukan enam Dun lagi. Antara Dun yang dilihat berpotensi ialah mana-mana  Dun kelabu bagi parti SUPP, SPDP dan PRS. Dun tersebut ialah N.25 Balairingin  (PRS), N.39 Repok (SUPP), N.41 Pakan (SPDP), N.47 Bawang Assan (SUPP), N.64  Pujut (SUPP) dan N.65 Senadin (SUPP). 
Apakah matlamat meranap dominasi dua pertiga Barisan  Nasional akan berjaya?
Berdasarkan  mood dan kesedaran politik semasa (sentimen pengundi Cina menolak BN bermula di  Sibu dan kebangkitan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh), maka bukan setakat meranap  dominasi dua pertiga, lebih dari itu ialah berkemungkinan BN akan terpenggal  tampuk kuasa Kerajaan Negeri!  
-----------------------------------------
Penulis adalah pemimpin kanan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang juga Setiausaha Politik MB Kelantan.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2785:prn-sarawak-13-dun-panas-sengit&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72
 
 
No comments:
Post a Comment