Tiba-tiba sahaja seluruh mata tertumpu kepada isu mengapa Perdana Menteri  dilihat bersungguh-sungguh berkempen di Sarawak, sedangkan Timbalannya, Tan Sri  Muhyiddin Yassin telah lama berkempen di sini.
Samada Najib sebenarnya  tidak yakin, mahupun tidak selesa dengan kehadiran Muhyiddin, serta isu-isu yang  mendampingi Ketua Menteri Sarawak hingga terpaksa turun padang enam hari  berturut-turut.
Ataupun Najib sebenarnya bimbang, sebarang perancangan  Muhyiddin 'seteru dalam diamnya' mengatur sebarang strategi untuk membina  kekuatan di Sarawak bagi mendapatkan sokongan, duduk di kerusi nombor satu  kerajaan menggantikan Najib.
Di peringkat Taib Mahmud pula, beliau  sendiri walaupun zahirnya nampak tenang menghadapi angin perubahan yang melanda  Sarawak, namun dalam diam beliau sendiri bertarung dengan 'serangan dua  penjuru', pembangkang dan rakyat serta kini Najib sendiri.
Isu-isu yang  menyangkut beliau sejak 30 tahun menerajui Sarawak, antaranya isu rampasan Tanah  adat (NCR), isu pentadbirannya dibayangi skandal pengumpulan kekayaan di dalam  dan luar negara, isu 'mistik', isu rakyat tidak mendapat kemudahan asas, dan isu  skandal anak-anak serta kroninya.
Taib Mahmud pastinya dalam kelemasan  kini, walaupun dalam satu wawancara di TV3, beliau melaungkan keyakinan kononnya  BN mampu mempertahankan Sarawak dengan majoriti besar, dua  pertiga.
Beliau sendiri mempunyai maklumat, bahawa kedudukan BN cukup  genting di 18 kerusi yang diletakkan beberapa pengdanalisis politik sebagai  sudah menyebelahi Pakatan Rakyat.
Sementara pertarungan di 10 kerusi  untuk menentukan siapa pemenang di garisan penamat, semakin rancak, dengan DAP,  PAS dan PKR serta tidak ketinggalan SNAP yang sudah keluar dari Pakatan Rakyat  'bila-bila' boleh menggugat lebih dari kerusi yang  dijangkakan.
Kegelisahan Najib- Muhyiddin mungkin bukan atas faktor  menang atau kalah BN di Sarawak, kerana mereka lebih gemar dalam pertarungan  kuasa untuk menentukan pusingan pertama sebelum pemilihan Umno, siapa yang  mendahului.
Menang atau kalahnya BN di Sarawak, ataupun Sarawak hilang  majoriti dua pertiga, yang pastinya tergugat adalah kedudukan Taib Mahmud,  justeru di celah doktrin itu, Najib dan Muhyiddin bertarung untuk suatu 'kesan'  yang boleh membawa erti kepada dua tokoh utama BN ini.
Taib Mahmud hanya  'lauk' yang sedang dimasak (proses kempen pilihan raya) untuk hidangan makan  malam (keputusan pilihan raya) , sedap atau tidak bukan persoalan, lebih dari  itu mampukan untuk menyampaikan hajat mereka yang berselera besar (Najib dan  Muhyiddin).
Kekalahan membawa makna, kedudukan Taib akan terjejas,  kemenangan pula akan membawa kesan yang perebutan 'dwilogi' kuasa antara  Najib-Muhyiddin di peringkat pusat. 
Namun, rakyat Sarawak sudah tentu  memiliki satu 'tekad' untuk melakarkan perubahan, setidak-tidaknya perubahan  untuk 'mengajar' kerajaan BN erti kesengsaraan yang dihadapi  rakyat.
Najib-Muhyiddin-Taib Mahmud, seketika nanti akan melupai  kesengsaraan rakyat di bawahan apabila tamatnya pilihan raya, dan mereka akan  terus meniti jalan-jalan memperkukuhkan pengaruh dan kuasa, dalam dunia  kemewahan!.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2784:perang-antara-najib-muhyiddin-dan-taib&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72
 
 
No comments:
Post a Comment