KUALA LUMPUR, 15  April: Pengasas laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang  muncul dalam TV3 sejak beberapa hari ini tampil menjelaskan bahawa beliau adalah  konsisten selama ini dan berkata video TV3 dirakam dua bulan lalu.
Dalam  satu wawancara dengan akhbar milik Umno, New Straits Times, Petra sekali lagi  menafikan bahawa beliau telah menarik balik tuduhannya selama ini.
Beliau  hanya telah membuat pengakuan bersumpah supaya pihak berkuasa akan  bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat  dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.
Media pro Umno menyiarkan  berita sensasi kebelakangan ini akibat satu wawancara beliau yang disiarkan TV3  yang menggambarkan beliau seolah-olah telah membuat ‘pusingan U’ terhadap  tuduhan bahawa perdana menteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya  Shaariibuu.
“Apa yang saya kata ialah pemberi maklumat telah memberitahu  saya terhadap perkara tersebut,” kata Petra ketika ditanya. “Jadi, sudahkah anda  membaca SD (pengakuan bersumpah) saya? Saya rasa tidak, sebab banyak komentar  berbuat demikian tanpa membacanya,” beliau menambah.Sambil mengatakan bahawa beliau tiada mood untuk menjelaskan  ‘spin’ media tradisional itu, Petra, 61 berkata sekarang sudah tiba masanya  untuk beliau hendak mendapat kembali haknya terhadap orang yang menipu tentang  dirinya.
“Kerja mereka hanya untuk menghentam saya, dan itu yang mereka  tengah lakukan. Sekarang, selepas tiga tahun dihentam, saya menghentam balik.  Ini bukan hak saya ke?” tanya beliau.
Wawancara 2 bulan yang  laluMengenai wawancara di TV3 yang disiarkan dua hari yang lepas secara  berturut-turut, Petra berkata rakaman itu telah dibuat dua bulan yang lepas, dan  menafikan dakwaan bahawa wawancara itu dibuat untuk membantu Barisan Nasional di  pilihan raya Sarawak.
“Dua bulan yang lepas, tiada kata putus mengenai  bila pilihanraya Sarawak akan diadakan. Jadi bila saya patut memberikan  wawancara? Selepas pilihanraya Sarawak? Jadi, selepas pilihanraya Sarawak, orang  akan tanya mengapa sekarang, sebelum pilihanraya umum ke 13?
"Jadi, saya  tunggu selepas pilihanraya umum ke 13, and orang akan terus bertanya, mengapa  sekarang, sebelum pilihanraya kecil? Jadi, bila saya patut buat wawancara ini?  Selepas Malaysia membasmi pilihanraya?” bidas Petra secara  sinis.
Menjawab satu persoalan samada beliau boleh memberikan bukti  bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Petra membalas dengan  memberikan sejarah ‘keadilan’ di mahkamah Malaysia di mana testimoni sudah cukup  untuk mensabitkan kesalahan pada seseorang terhadap satu jenayah yang  serius.
“Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Bukti video yang mereka  tengah bertuala dalam bilik hotel?” kata Petra secara jelas merujuk kepada video  klip seks yang diedarkan beberapa pemimpin Umno yang mengaitkan Ketua  Pembangkang Anwar Ibrahim dalam skandal seks.
“Terangkan apa itu bukti.  Anwar disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 15 tahun pada 1999 hanya berdasarkan  testimoni. Testimoni ialah bukti dan cukup untuk memenjarakan Anwar 15 tahun.  Testimoni saya lebih hebat. Ia dalam bentuk pengakuan bersumpah,” kata Petra,  yang dahulunya mengetahui kempen ‘Selamatkan Anwar’ dalam mendapat tekanan  antarabangsa terhadap kerajaan untuk melepaskan Anwar daripada  penjara.
Isu khalwat Najib
Mengenai dakwaan  bahawa beliau telah ‘berubah’ kerana ingin kembali ke Malaysia, Petra membidas  dalam keadaan yang marah dan mengingatkan wartawan NST itu kepada kejadian pada  1990an di Port Dickson, di mana Najib dikatakan telah ditangkap khalwat oleh  jabatan agama di sebuah hotel, tapi dilepaskan tanpa pembicaraan  syariah.
“Adakah anda hendak bertanya kepada Najib terhadap isu ini?  Siapa kisah terhadap apa yang orang kata di bawah? Jikalau kerajaan Malaysia  kata saya boleh kembali ke Malaysia, saya akan suruh kerajaan pergi mampus  kerana saya cinta negara kelahiran saya, apa yang anda nak kata nanti?” kata  Petra, yang dilahirkan di Surrey, UK.
Petra juga berkata dakwaan-dakwaan  terhadapnya bukanlah baru, malahan beliau menambah beliau pernah dituduh murtad  kerana pergi ke gereja setiap Ahad dan beliau dan isterinya telah meninggalkan  Islam dan menjadi penganut Katolik.
Sementara itu, menjawab soalan  bersiri daripada The Straits Times Singapura yang meliputi isu masa wawancara  yang bertembung dengan pilihanraya negeri Sarawak dan dakwaan samada beliau  tengah me’nuetralisasikan’ kesangsian terhadap penglibatan Najib dalam  pembunuhan, Petra membidas bahawa ia adalah kelakar untuk menganggap bahawa  wawancara beliau dan video seks yang ditujukan pada Anwar akan memberikan kesan  terhadap keputusan pilihanraya Sarawak.
“Jika anda beranggapan demikian,  maka anda patut meminta untuk ditukar ke meja servis makanan sebab anda masih  jauh ketinggalan dalam memahami politik,” jawab beliau kepada wakil Malaysia   akhbar tersebut, Hazlin Hassan.
Tindakan terhadap Kol Azmi
Sementara itu, akhbar Umno, Utusan Online melaporkan, seorang pegawai  perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan  tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan  palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan  isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.  Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi  Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin  mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat  Najib daripada menjadi Perdana Menteri.
Katanya, berkuat kuasa serta  merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan  ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2811:raja-petra-video-tv3-dirakam-2-bulan-lalu&catid=34:primary&Itemid=56
 
 
No comments:
Post a Comment