KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan  Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib  Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini  masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.
Begitulah reaksi Naib  Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan  Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di  wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya  negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan  dua pertiga majoriti DUN Sarawak.
Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra  menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini  seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau  diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah  Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru  pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Namun, TV3 melaporkan  seolah-olah Raja Petra, seorang yang masih diburu polis sehingga kini telah  membersihkan nama Najib dan Rosmah daripada kemelut Altantuya.
Turut  melucukan, kenyataannya disambut baik oleh Najib, sebagai ayat sakti dalam  membersihkan namanya tanpa menghiraukan bahawa Raja Petra kini masih tengah  berperang media dengan Deepak Jaikishan.
Deepak pula adalah kenalan rapat  Rosmah yang didakwa beliau membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara  selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal  dengan Altantuya sebelum menafikannya.“Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran  tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita  Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam  iklan sabun.
"Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan  sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru,” sindir Tuan Ibrahim.  (gambar)
Tambah Tuan Ibrahim, sekarang mungkin Raja  Petra sudah boleh kembali dengan negara, dan rakyat tidak perlu terkejut jika  kerajaan menyambutnya dengan karpet merah atas jasa besarnya kononnya telah  membersihkan nama Perdana Menteri.
Cuma apa yang dibimbangi, kata Tuan  Ibrahim, segala kekotoran yang asal terpalit pada Najib dan Rosmah kini mungkin  akan memaluti Raja Petra ekoran wawancaranya bersama TV3.
“Sudah ada  rakyat yang mula tengok beliau sebagai seorang yang kotor dan jijik ekoran  wawancara itu. Soalnya, siapa yang akan bersihkannya selepas ini?” kata Tuan  Ibrahim sambil menambah mungkin media tradisional BN akan digunakan sepenuhnya  untuk “membersihkan” nama Raja Petra.
LAPORAN BERKAITAN
Raja Petra: Video TV3 dirakam 2 bulan lalu
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2817:rakyat-terkejut-pm-rasa-dirinya-sudah-bersih&catid=34:primary&Itemid=56
 
 
No comments:
Post a Comment