Ustaz Abdul Hadi Awang dipakai jubah sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismaillutfi
PATANI, 15 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala semalam.
Abdul Hadi Awang merupakan satu-satu tokoh ulama di luar Thailand dan rantau  nusantara menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani diperkenalkan Universiti Islam  Yala (YIU).
Gelaran tokoh tersebut sama taraf dengan ijazah kehormat  diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.Kebiasaannya  sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokenysn,  namun senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik  semata-mata.
Sebelum ini anugerah serupa diberi kepada tokoh ulama yang  banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat wilayah selatan Thailand,  terutamanya pengasas pusat pengajian pondok.
Pernah menerima anugerah itu  Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok. Selain itu ulama terkenal dari  Timur Tengah.
Penyampaian tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa  Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani,  semalam.
Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh  Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.
Pihak penganjur  memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat  enyertai multaqa  tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.
Rombongan presiden PAS  dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari  disambut ribuan yang hadir.
Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan  Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik  Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan  Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.
Rombongan bertolak dari Kota Bharu  menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari  Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan  pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz  Mamat.
Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui  perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai  anggota tentera bersenjata M16.
Dekan Fakuliti Sastera dan Sains  Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut  bukan mudah dilakukan senat universiti.
Katanya, tokoh yang diberi adalah  pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan  harian.
”Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani  di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada  masyarakat.
”Selain beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang  menjadi rujukan umat Islam,” katanya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum  upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.
Pemakaian mislah  (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismaillutfi. Ia turut disaksikan Timbalan  Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani,  Nipon Narapitakkul serta dan peserta multaqa.
Dua aktivis dari Kelantan  turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian  Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.
Perasmian  penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan,  Said Nasir al Yufri.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2814:presiden-pas-dianugerah-tokoh-alim-rabbani-&catid=34:primary&Itemid=56
 
 
No comments:
Post a Comment