Apr 15, 11
4:22pm
Kenyataan berkenaan disiarkan stesen berkenaan dalam slot berita waktu perdana secara berturut-turut sejak malam kelmarin.
"Tetapi suara latar (laporan TV3) itu berkata beliau mendapat maklumat dari beberapa individu," katanya mengulas temubual Raja Petra dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah.
Kenyataan Raja Petra dalam temubual itu juga bukanlah satu "pengakuan," seperti dilaporkan stesen televisyen berkenaan.
Jelasnya, Raja Petra malah telah meminta pihak berkuasa menyiasat individu yang dinamakan dalam temubual berkenaan.
Haris juga berkata, temubual itu dijalankan selama lebih sejam pada Februari lalu.
Katanya lagi, Raja Petra memberitahu beliau demikian dalam satu perbualan telefon dengan penulis blog popular itu hari ini.
"(Kandungan) temubual selebihnya itu kita masih tidak tahu.
"Jadi saya  cabar TV3 untuk siarkan temuramah itu sepenuhnya tanpa suntingan," katanya lagi  kepada media di pejabat MCLM hari ini.
Tambahnya, beliau juga percaya  Raja Petra telah "terlepas pandang" mengenai "bahaya" yang mungkin timbul  apabila ditemuramah TV3.
Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan kenyataan  perdana menteri yang menyatakan rasa lega kerana kebenaran berhubung kes  Altantuya telah timbul.
"Adakah kebenaran tentang kes Altantuya telah  keluar?," soalnya yang membangkitkan semula beberapa persoalan yang masih belum  terjawab berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
"(Kes itu) cuma  ditutup dalam fikiran perdana menteri, tapi belum ditutup di pandangan  masyarakat awam.
"Siapa yang mengarahkan mereka dan kenapa (arahan  diberikan)," soalnya, merujuk kepada dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang  didapati bersalah dalam perbicaraan kes tersebut.
Haris (kiri) mendakwa ini adalah satu-satunya sebab mengapa (TV3) muncul  dengan laporan yang disiarkan berturut-turut.
"Ini adalah untuk memberi  maklumat salah kepada rakyat di Sarawak kerana ada pilihan raya esok," katanya  lagi.
http://malaysiakini.com/news/161630
 
 
No comments:
Post a Comment