Jun 17, 11
4:02pm
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus  Ongkili berkata hasil siasatan awal menunjukkan kira-kira 90 peratus serangan  dikenalpasti dijalankan oleh penggodam tempatan.
"Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya daripada jumlah 200 laman web di negara ini yang diserang sejak tengah malam Rabu lalu, 60 adalah milik kerajaan dan agensinya.
Dakwa Ongkili lagi sebahagian besar daripadanya sudah berjaya dipulihkan.
Katanya, polis dan agensi berkaitan kini dalam proses  mengenal pasti semua penggodam. 
Beliau, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang terbabit dengan penggodaman itu dan berkata akan menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis untuk bertindak.
Sebelum ini, sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai  'Anonymous' memberi amaran akan menyerang laman web kerajaan Malaysia dan  agensinya sebagai membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman  sesawang perkongsian fail.Ongkili juga meminta rakyat supaya menggunakan Internet  secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara.
"Ini kerana  anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber dalam ruang siber  itu sendiri," katanya yang tidak mahu mengesahkan sama ada kabinet telah  memutuskan penubuhan satu pasukan khas bagi mengatasi masalah berkenaan.
http://malaysiakini.com/news/167231
 
 
No comments:
Post a Comment