Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.
Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.
Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH.
Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid meminta penganjur  perhimpunan tersebut membatalkannya kerana ia mengancam  keselamatan.
"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam  yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada  perhimpunan itu," katanya.
Khalid berkata polis juga menerima laporan  bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi  merancang untuk adakan perhimpun
"Ini mengundang kebimbangan sekiranya  berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.
Beliau berkata polis  akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya  perlu.
"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis,  dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata  Khalid.
Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan  itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan  sesuatu permasalahan.
"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi  apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin  menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk  berhimpun," katanya.
http://malaysiakini.com/news/166995
 
 
No comments:
Post a Comment