Jun 15, 11
8:17pm
perbicaraan kes rasuah terhadap bekas menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Shamsuddin berkata terdapat tiga perbezaan: Pertama, dalam kenyataan sebelumnya, dia mengatakan rumah tersebut tidak dijual di bawah harga pasaran, tetapi sekarang dia mengatakan ianya dijual di bawah harga pasaran.
Kedua, katanya, dalam kenyataannya sebelum ini, dia mengatakan (pereka laman) Nasir Ismail dilantik olehnya dan dalam keterangan terbarunya, dia mengatakan Nasir dilantik oleh Khir.
Ketiga, kata Shamsuddin, sebelum ini dia berkata dia menjual rumahnya untuk menutup kerugiannya, dan sekarang dia mengatakan itu tidak benar dan dia menjual rumah tersebut kerana tidak ada pilihan.
Katanya, kenyataan terbarunya adalah sama seperti keterangannya di mahkamah dan menegaskan bahawa itulah yang betul.
Perbezaan kenyataan Shamsuddin itu berlaku hanya sehari selepas dua tuduhan terhadapnya digugurkan pada hari pertama perbicaraan pada 6 Jun lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan Shamsuddin memberitahu Mahkamah  Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di  Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam dengan harapan Dr Mohd Khir Toyo akan  membeli semula hartanah itu pada masa hadapan.
Shamsuddin, yang memiliki  beberapa syarikat berkaitan pembinaan dan pembangunan hartanah, berkata dia  tidak melihat apa-apa peluang perniagaan di Selangor ketika membeli hartanah  tersebut dari pemilik asal Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Permodalan  Kebangsaan Berhad, Saiful Aznir Shahabudin pada Disember 2004.
Saksi  kedua pendakwaan itu berkata semasa pertemuannya dengan kawan ayah Saiful Aznir  ketika itu (Datuk Sumadi Ismail) di rumah Saiful Aznir pada 2004, Sumadi  memberitahu kepadanya (Shamsuddin) bahawa Dr Mohd Khir turut berminat dengan  rumah itu.
"Setelah saya diberitahu oleh Sumadi pada pertemuan kali  pertama dengannya pada 2004 bahawa Dr Khir turut berminat membeli rumah itu dan  pernah melawat rumah itu sebelum saya lawat, saya tidak lihat keinginan (Dr  Khir) untuk beli rumah itu sebagai satu opportunity bagi saya (dari segi  perniagaan).
"Saya lawat rumah itu dengan own interest dan tidak tahu  bahawa Dr Khir berminat atas rumah itu sebelum saya melawat rumah itu bersama  Sumadi," katanya ketika disoal balas oleh peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang  mewakili Dr Mohd Khir.
Shamsuddin turut menafikan dakwaan bahawa beliau  telah mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi Dr Mohd Khir untuk  berbincang mengenai hartanah tersebut, selain tidak melihat perkara itu sebagai  satu 'peluang' kepadanya untuk memberi pertolongan kepada Dr Mohd  Khir.
Beliau memberi keterangan pada hari keenam perbicaraan kes terhadap  Dr Mohd Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan  untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga  iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan  Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui  Shamsuddin.
Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam  diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis  2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam  keadaan Dr Mohd Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan  tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad  Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman  rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada  29 Mei 2007.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Jun lalu, melepas dan  membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir  berhubung tuduhan tersebut.
Ketika diminta Kamarul menerangkan bagaimana  Dr Mohamad Khir 'menyuruhnya' (Shamsuddin) membeli dua lot tanah berkenaan pada  Disember 2004 daripada Saiful Aznir, beliau berkata:
"Saya tidak ingat  perkataan sebenar yang digunakan. Ia adalah cakap mulut.
"Bila Datuk  Sumadi Ismail (seorang ahli perniagaan yang memberitahu mengenai hartanah  tersebut) tidak boleh membeli, Mohd Khir kata pada saya 'Din, you (kamu)  ajelah'. Perkataan 'suruh' tidak keluar, tetapi matanya, bahasa badannya kita  kena baca. Itu bahasa orang berniaga."
Shamsuddin turut bersetuju dengan  cadangan Kamarul Hisham bahawa beliau membeli hartanah tersebut dengan risiko  bahawa Dr Mohd Khir berkemungkinan tidak mahu membeli rumah tersebut  daripadanya.
Beliau sebelum ini berkata terpaksa membeli hartanah itu  dari Saiful Aznir dengan harga RM6.5 juta, pada Disember 2004 setelah disuruh Dr  Mohd Khir berbuat demikian.
Sementara itu, Shamsuddin memberitahu  mahkamah bahawa terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya yang  diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali pertama pada  2009 dan pada sehari selepas beliau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat  iaitu pada 7 Jun lepas.
"Pada keterangan saya kepada SPRM pada 2009, saya  menafikan bahawa hartanah melibatkan dua lot tanah dan sebuah banglo dijual  kepada Mohamad Khir pada harga yang rendah daripada nilai pasaran, tetapi  berkata sebaliknya pada 7 Jun.
"Saya juga pernah berkata saya melantik  pereka laman, Nasir Ismail, 55, untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pada  banglo tersebut, walhal keterangan terbaru mengatakan Nasir (yang telah  melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dengan berkonsepkan Bali pada harga RM6  juta) dilantik oleh Mohamad Khir," katanya.
Shamsuddin berkata apa yang  dikatakannya pada SPRM 7 Jun lepas adalah sama dengan keterangan yang diberikan  di mahkamah hari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya  Abdul Wahab Mohamed.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung esok.
http://malaysiakini.com/news/167052
 
 
No comments:
Post a Comment