Jun 15, 11 6:18pm
Penjual kereta, pengedar dan pengguna diminta bertenang kerana kerajaan sedang  berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berhubung pelaksanaan Akta  Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang mula dilaksanakan hari ini. 
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon  berkata ketiga-tiga pihak ini bimbang, kerana akta tersebut memperuntukkan  pemeriksaan tambahan ke atas kereta terpakai sebelum ia dijual, yang menurut  mereka akan mengakibatkan kos tambahan dan kelewatan.

Oleh kerana itu mereka bimbang, termasuk dalam soal peruntukan baru berhubung penyediaan wang muka, katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Pada 9 Jun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa penjual kenderaan terpakai dikehendaki membayar RM90 sebagai yuran pemeriksaan kepada Puspakom yang melakukan pemerikaan sebelum jualan boleh dibuat.
Di bawah akta ini, penjual boleh meminta deposit 10 peratus daripada pembeli.
Selain itu terdapat tambahan 14 item kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan tidak seperti sebelumnya hanya empat item.
 "Saya akan berbincang dengan menteri (Ismail Sabri) dan  cuba mengemukakan penyelesaian yang baik," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengedar Kereta Kuala Lumpur & Selangor dan Syarikat Kredit (KLSCDCCA) Khoo Kah Jin berkata pemeriksaan empat item sekarang adalah memadai untuk perlindungan keselamatan.
Selepas sidang akhbar itu, Koh bertemu Ismail Sabri untuk membincangkan perkara berkenaan dengan wakil-wakil dari KLSCDCCA.
- Bernama
Oleh kerana itu mereka bimbang, termasuk dalam soal peruntukan baru berhubung penyediaan wang muka, katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Pada 9 Jun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa penjual kenderaan terpakai dikehendaki membayar RM90 sebagai yuran pemeriksaan kepada Puspakom yang melakukan pemerikaan sebelum jualan boleh dibuat.
Di bawah akta ini, penjual boleh meminta deposit 10 peratus daripada pembeli.
Selain itu terdapat tambahan 14 item kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan tidak seperti sebelumnya hanya empat item.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengedar Kereta Kuala Lumpur & Selangor dan Syarikat Kredit (KLSCDCCA) Khoo Kah Jin berkata pemeriksaan empat item sekarang adalah memadai untuk perlindungan keselamatan.
Selepas sidang akhbar itu, Koh bertemu Ismail Sabri untuk membincangkan perkara berkenaan dengan wakil-wakil dari KLSCDCCA.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/167036
 
No comments:
Post a Comment