Jun 17, 11
1:04pm
Sebelum ini, Felda disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri  Sembilan.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui  peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan Felda dan Felda Palm  Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan  mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit  kepada Felda Palm Industries sahaja.
Mereka mendakwa sentiasa dibayar  mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu -  purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit  yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah  sawit.
Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan  bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang  diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.
Peneroka mengesyaki  ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu  menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit  Malaysia.
Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil  buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar  OER.
Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi  sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding  kadar yang digunakan oleh defendan kedua.Peguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan  bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar  purata hasil 120 tan setiap seorang.
Peneroka terbabit dibayar oleh  Felda pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama.
Dengan  menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap  peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008  sahaja.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/167208
 
 
No comments:
Post a Comment