Wednesday, January 14, 2009

Bush mengaku kecewa


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush (gambar) dalam wawancara terakhir sebelum meninggalkan White House kelmarin mengaku bahawa beliau amat kecewa akibat kegagalan menemui sebarang senjata pemusnah besar-besaran di Iraq.

Dalam sidang media berkenaan, Bush yang bakal bersara minggu hadapan turut menyatakan bahawa beliau dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair menjadikan senjata pemusnah Iraq sebagai alasan untuk menyerang negara itu pada 2003.

Pada masa sama, Bush mengaku beliau tersilap percaturan mengenai Iraq sehingga menyebabkan kematian lebih 4,000 askar AS kurang dua bulan selepas mendakwa tentera penceroboh mencapai kemenangan dalam perang tersebut.

Ketika itu, Bush bermegah kepada dunia tentang kemenangan tentera penceroboh dan beliau dengan angkuh mengarahkan satu sepanduk besar yang tertera slogan 'Misi Selesai' dipasang pada sebuah kapal pengangkut pesawat AS.

"Jelas sekali, sepanduk besar itu satu kesilapan," katanya.

Selain isu tersebut, Presiden AS itu tanpa berselindung memberitahu bahawa beliau juga diberi nasihat yang kurang tepat mengenai beberapa ucapannya.

Berikutan kesilapan itu, Bush dikecam hebat kerana menggunakan ayat berbaur ancaman seperti hidup atau mati dan 'marilah (kami tidak gentar), terhadap pengganas.

Namun, Bush menjadi marah apabila wartawan memberitahu bahawa imej AS di luar negara tercalar semasa beliau menjadi Presiden.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini, anda semua tahu mengenainya iaitu tentang masyarakat dunia membenci AS," kata Bush.

Beliau turut memuji bakal presiden Barack Obama sebagai menawan dan bijak tetapi memberi amaran bahawa serangan pengganas akan kekal sebagai ancaman utama AS apabila Obama mengambil alih tampuk pemerintahan.

Sidang media White House kelmarin merupakan kali pertama Bush menjawab soalan wartawan selepas beliau dibaling dengan kasut ketika berada di Baghdad pada bulan lalu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Jet serang 60 sasaran utama


SATU bedilan mengenai sebuah bangunan di pinggir Bandar Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


GAZA - Jet-jet tentera Israel menyerang sejumlah 60 sasaran termasuk terowong untuk menyeludup senjata dari sempadan Mesir ke Gaza, lokasi pembuatan senjata dan pos operasi Hamas, kata tentera Israel.

"Kami mencapai banyak kejayaan dalam menghapuskan kemudahan Hamas, pemerintahan dan sayap bersenjata pergerakan tersebut," kata Ketua Tentera Israel, Gabi Ashkenazi.

Bagaimanapun, menurutnya, masih banyak lagi tugas yang perlu dilakukan oleh Israel untuk mencapai objektif operasi ketenteraan itu.

"Kami berusaha untuk melumpuhkan sayap bersenjata dan mengurangkan serangan oleh Hamas serta memperbaiki keselamatan penduduk selatan Israel yang sering diancam oleh serangan roket," katanya. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Bedilan misteri dari Jordan


SATU letupan berlaku dalam serangan tentera Israel di Rafah, Genting Gaza semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BAITULMAQDIS - Askar- askar Israel yang berkawal di lintasan sempadan dengan Jordan menjadi sasaran serangan misteri dari wilayah Arab itu, kata tentera Israel.

"Askar-askar kami ditembak oleh beberapa lelaki tidak dikenali yang berada di dalam sempadan Jordan," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Menurutnya, tiada pihak yang cedera dalam kejadian itu dan askar-askar yang sedang meronda berhampiran pintu sempadan tersebut berbalas tembakan.

Bagaimanapun, satu sumber tentera Jordan menafikan ada tembakan dilepaskan dari wilayahnya dan mendakwa maklumat itu tidak benar.

Pada Ahad lalu, askar-askar Israel yang berada di Bukit Golan turut diserang oleh tembakan misteri dari arah Syria. - Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Rejim Zionis mahu hapus keturunan penduduk Palestin


BANDAR GAZA - Tentera Israel dan pejuang-pejuang Hamas berbalas tembakan di beberapa batang jalan raya di sini semalam.

Pertempuran sengit itu berlaku ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mendakwa rejim Zionis berusaha untuk 'menghapuskan' penduduk Palestin.

"Israel masih meneruskan tindakan agresif untuk menghapuskan penduduk kita," kata Mahmoud dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Tebing Barat.

Menurut saksi-saksi pasukan unit khas tentera Israel yang dibantu oleh sejumlah kereta kebal dan serangan udara memasuki Bandar Gaza dan berada beberapa ratus meter dari kawasan perumahan.

Mereka berkata, pertempuran di bandar itu adalah yang paling sengit sejak rejim Zionis mara dengan tentera darat ke Gaza, 18 hari yang lalu.

Angka kematian akibat serangan di Gaza itu meningkat lebih 935 orang termasuk 280 kanak-kanak.

Sebanyak 4,260 orang turut cedera.

Setakat ini hanya sepuluh askar Israel dan tiga penduduk Yahudi terbunuh sejak rejim Zionis melancarkan operasi besar-besaran di Gaza pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, ketua pentadbiran Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mendakwa Israel gagal untuk memusnahkan semangat penduduk Gaza.

Beliau mendakwa Hamas semakin hampir menuju kemenangan. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Kezaliman Israel terhadap budak


LOAY yang buta matanya melambaikan tangan di Hospital Shifa pada Sabtu lalu sebelum dihantar ke Arab Saudi.
--------------------------------------------------------------------------------


RIYADH - Seorang gadis yang kehilangan kedua-dua kaki dan seorang budak lelaki Palestin yang buta akibat serangan tentera Israel di Gaza kini dirawat di Arab Saudi, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Hamad al-Manei.

"Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah melihat anda di televisyen dan baginda sangat tersentuh," kata Hamad kepada gadis itu yang dikenali sebagai Jamila.

Jamila yang bergerak dengan menggunakan kerusi roda berkata, dia sedang bermain di atas bumbung sebuah bangunan ketika kejadian itu berlaku.

"Saya tidak mempunyai bom atau senjata tetapi mengapa mereka (tentera Israel) menyerang saya," katanya.

Seorang lagi budak lelaki berumur 10 tahun, Loay Soboh dipindahkan ke Arab Saudi pada Sabtu lalu untuk menerima rawatan selepas matanya buta akibat serangan udara tentera Israel.

Sementara itu, Tentera Israel mengukuhkan kedudukan di sekeliling Bandar Gaza selepas operasi ketenteraan yang meragut nyawa lebih 900 penduduk Palestin tersebut masuk hari ke-18 semalam.

Bunyi letupan dan tembakan senjata api kedengaran selepas kereta kebal Israel semakin menghampiri pusat bandar yang padat dengan 500,000 penduduk.



HAMAD (kiri) bercakap kepada Jamila yang hilang dua kaki dan kini dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi.
--------------------------------------------------------------------------------


Seorang penduduk, Talat Jad, 30, berkata, dia mendengar bunyi kereta kebal Israel bergerak sepanjang malam berhampiran rumahnya di pinggir Gaza menuju ke pusat bandar.

Menurutnya, dia dan 15 anggota keluarga yang lain berkumpul di dalam satu bilik serta terlalu takut untuk menjenguk tingkap bagi melihat keadaan di luar.

"Kami mematikan telefon bimbit kerana bimbang bunyi gajet itu mungkin didengar oleh askar Israel di dalam kereta kebal," katanya.

"Kami juga membaca al-Quran dan bersolat sehingga bunyi letupan tidak kedengaran lagi," ujarnya.

Pasukan perubatan di Gaza memberitahu seramai 18 pejuang Hamas termasuk tiga orang awam terbunuh dalam pertempuran di wilayah itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Permohonan bekas isteri penjarakan AC Mizal ditolak


Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


SHAFNIE
--------------------------------------------------------------------------------

NORISH
--------------------------------------------------------------------------------


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan bekas isteri AC Mizal, Shafnie Zainuddin, 34, untuk menghantar bekas suaminya itu atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 38, ke penjara.

Shafnie memfailkan permohonan itu pada 10 September lalu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam ketika keputusan itu dibacakan oleh Hakim Abu Zaky Mohamad.

Dalam keputusannya, Abu Zaky membenarkan bantahan awal pengacara terkenal itu untuk mengetepikan permohonan Shafnie yang memohon supaya satu perintah menghina mahkamah dikeluarkan bagi menghantar AC Mizal ke penjara.

Permohonan itu dibuat kerana wanita itu mendakwa bekas suaminya gagal menjelaskan tunggakan nafkah dua anak lelaki mereka berjumlah RM50,000.

Bagaimanapun, hakim meminta Shafnie memfailkan permohonan itu di mahkamah yang ada bidang kuasa dengan kes tersebut, dengan kos ditanggung oleh kedua-dua pihak.

Terdahulu, di mahkamah yang sama, AC Mizal yang diwakili peguam Siti Aishah Din turut memohon tarikh baru untuk mengubah kes hak jagaan anak yang difailkan pada September 2008.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Jual dadah untuk hidup mewah


SABTU menunjukkan sejumlah wang dirampas di sebuah rumah di Kepong Sabtu lalu.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Selama ini, dua beradik perempuan menyangka tempat paling selamat bagi mereka hanyalah rumah didiami mereka bersama ibu kandung dan seorang bapa saudara.

Manakan tidak, rumah teres dua tingkat di Bandar Manjalara di Kepong itu boleh diibaratkan 'syurga' kerana apa sahaja yang dihajati pasti akan ditunaikan oleh ibu mereka.

Bagaimanapun, pukul 1 petang, Sabtu lalu, dua beradik berusia tujuh dan sembilan tahun itu terpinga-pinga apabila kediaman mereka diserbu polis.

Lebih mengejutkan, apabila ibu dan bapa saudara mereka dibawa ke balai polis.

Polis percaya rumah tersebut dijadikan stor menyimpan dadah ketamin sejak enam bulan lalu dan ia disyaki didalangi oleh bapa saudara dua beradik itu yang juga adik ipar kepada ibu mereka.

Difahamkan, wanita yang hanya merupakan jurujual mula berjinak dengan jenayah itu selepas berpisah dengan suaminya.

Wanita berusia 25 tahun akan memberitahu anak-anaknya bahawa dadah tersebut merupakan ubat atau tepung biasa setiap kali ditanya oleh kedua beradik itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis merampas 13 paket serbuk putih disyaki dadah seberat 1.4 kilogram, 1,410 biji pil eramin 5, empat telefon bimbit, sebilah pedang dan pisau, alat penimbang, alat pembungkus serta besi acuan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Takut ditahan khalwat, sabung nyawa di bumbung

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my




Inilah wanita yang melarikan diri dengan naik ke atas bumbung rumahnya selepas diserbu JAIJ di Taman Nora, Johor Bahru semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


JOHOR BAHRU - Mengandung lima bulan tetapi sanggup panjat bumbung mengelak diri daripada ditangkap khalwat bersama dua lelaki.

Begitulah tindakan seorang wanita warga tempatan berusia 20 tahun yang sanggup menggadai keselamatan diri dan kandungannya selepas diserbu Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di Taman Nora di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam operasi pukul 3 pagi, wanita itu ditahan termasuk dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun yang tinggal serumah dengannya.

Satu sumber berkata, wanita bekerja kilang itu sanggup mengadai nyawa untuk melarikan diri ke rumah bersebelahan setelah menyedari kehadiran pegawai JAIJ.

Katanya, semasa diserbu, pemilik rumah itu membuka pintu selang beberapa minit pintu itu diketuk.

"Terdapat seorang lagi lelaki dalam rumah itu dan mereka menafikan terdapat wanita dalam rumah tersebut," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, anggota JAIP tiba-tiba menemui kasut dan aksesori wanita di dalam rumah itu sebelum mereka terdengar bunyi pintu jeriji besi di belakang rumah dibuka.

Selepas meninjau di belakang rumah itu, anggota JAIP ternampak seorang wanita di atas bumbung yang cuba menyeberang ke rumah bersebelahan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Tak masuk akal nelayan minta wang


Oleh AZIMI MUSTAPHA dan NASRI JAMALUDIN
berita@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Pihak berkuasa Malaysia belum menerima sebarang aduan mengenai nelayan tempatan yang didakwa meminta wang sebelum menyelamatkan mangsa bot pancung membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam berhampiran Pulau Puteri, Indonesia Ahad lalu.

Sebelum kejadian, difahamkan pihak berkuasa Malaysia mengejar sebuah bot pancung yang membawa kira-kira 18 PATI.

Bagaimanapun, bot itu yang dalam perjalanan masuk ke negara ini dapat melarikan diri ke perairan Indonesia.

Satu sumber pula berkata, kejadian cuaca buruk dengan ombak bergelora menyebabkan bot pancung yang dikejar sebelum itu karam di perairan negara jiran.

"Kita mendapat tahu semua PATI tersebut dapat diselamatkan oleh pihak berkuasa Indonesia," katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya mengenai dakwaan PATI yang mendakwa nelayan negara ini meminta wang daripada mangsa jika mahu diselamatkan, sumber berkenaan menafikan tuduhan itu malah memberitahu, "ia tidak masuk akal."

Katanya, jika ada orang dalam kecemasan di lautan pasti para nelayan akan memberi pertolongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ab. Aziz Kaprawi bagaimanapun gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Tolong hanya jika ada wang


LOKASI DUA BOT PANCUNG KARAM
--------------------------------------------------------------------------------



BATAM - "Kamu bisa bayar berapa kalau kami tolong."
Demikian jawapan yang diterima seorang mangsa bot laju yang karam di perairan Pulau Putri (Nongsa) di sini Ahad lalu apabila meminta bantuan sebuah bot nelayan rakyat Malaysia yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

Menyedihkan lagi, dakwa mangsa warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kamarul, bot nelayan itu terus berlalu selepas meminta dia dan rakan-rakan bersabar kerana bantuan didakwa akan tiba kemudian.

"Saya dan rakan-rakan terpaksa tunggu bantuan seperti dikatakan oleh nelayan itu tetapi sampai 12 jam kami terpaksa terapung-apung dengan hanya berpaut pada belakang bot pancung," kata seorang lagi mangsa.

Dalam kejadian pukul 8 malam, kira-kira 40 rakyat Indonesia termasuk dua tekong dalam dua buah bot pancung karam di laut akibat dipukul ombak setinggi lima meter di perairan Pulau Putri.

Kedua-dua bot terbabit yang masing-masing membawa 20 pendatang tanpa izin itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Batam dan Berakit, Bintan selepas berlepas dari Sungai Rengit, Johor.

Bagaimanapun, selepas kira-kira 30 minit perjalanan, enjin bot kedua-dua buah bot itu dikatakan mengalami masalah dan gagal dihidupkan.

Keadaan bertambah sukar apabila laut bergelora dengan ombak setinggi lima meter menyebabkan air masuk ke dalam kedua-dua buah bot tersebut sebelum kedua-duanya terbalik.

Seramai tujuh penumpang dua bot tersebut hilang tetapi baki penumpang lain termasuk wanita hamil dan bayi berusia 14 bulan terselamat.

Kamarul mendakwa lebih ramai penumpang akan selamat sekiranya bot nelayan itu membantu mereka ketika kejadian.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

RTM gam Memey Suhaiza jika didapati bersalah


MEMEY

KUALA LUMPUR - Pelakon Memey Suhaiza Suhaimi, 20, bakal mengikut jejak langkah artis-artis lain seperti Saleem dan Rosnah Mat Aris yang digantung oleh RTM seandainya dia didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah atas tuduhan berkhalwat baru-baru ini.

Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdul Rahman Hamid berkata, RTM secara prinsip tidak mahu masyarakat memandang serong terhadap stesen penyiaran kerajaan itu gara-gara menyiarkan paparan drama atau filem lakonan artis bermasalah.

"Dalam kes Memey ini, sememangnya RTM memandang serius kes salah lakunya tapi Memey masih belum dibuktikan bersalah di mahkamah dan pada masa yang sama, cakap-cakap mengenainya hanya jadi mainan akhbar.

"Justeru, RTM tak boleh secara drastik menghukumnya sama ada digam terus atau digantung dalam tempoh masa tertentu,''
katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.





Pelajar cipta kereta tenaga solar masa depan


Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my



KERETA solar SUN 94 yang direka oleh Jamali (gambar kecil) dan rakan-rakannya dari Universiti Malaya (UM) yang dipamerkan pada Ekspo Penyelidikan, Reka Cipta dan Inovasi UM di Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR - Keinginan untuk memperkenalkan tenaga solar sebagai tenaga alternatif yang murah kepada masyarakat telah mendorong kumpulan pelajar dari Universiti Malaya (UM) menyelidik dan mencipta kereta solar bagi kegunaan pada masa depan.

Menurut salah seorang pereka kereta itu, Jamali Md. Shah, 36, walaupun rekaannya pernah dikritik sebagai 'rekaan budak bodoh' namun kereta tersebut mula mendapat perhatian kerana ia lebih praktikal, tahan lasak serta mampu mengurangkan kecederaan pemandu jika berlaku kemalangan.

Lebih menarik, rekaan kereta solar ringkas bernombor SUN 94 itu bukan sahaja menambat hati peminat kereta solar tempatan malah turut diminati beberapa pengusaha ladang epal di Australia yang berhasrat untuk membelinya pada masa akan datang.

"Kereta ini mula mendapat perhatian apabila kumpulan saya yang terdiri daripada penuntut Doktor Falsafah (Ph.D), Pusat Reka Bentuk Produk dan Pembuatan UM menyertai Pertandingan Solar Dunia 2007 di Adelaide, Australia,'' katanya ketika ditemui Kosmo! pada Ekspo Penyelidikan, Reka Cipta dan Inovasi UM 2009 di sini semalam.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

MAS mansuh surcaj

KUALA LUMPUR - Orang ramai bakal menikmati tambang kapal terbang lebih murah mulai hari ini.

Ini ekoran langkah Penerbangan Malaysia (MAS) memansuhkan surcaj bahan api domestik setelah mengambil kira penurunan dalam harga bahan api serta tekanan persaingan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala berkata, pemansuhan surcaj itu juga bertujuan untuk merangsang perjalanan udara semasa tempoh kelembapan ekonomi.

Bagaimanapun, menurut beliau, bahan api kekal sebagai kos terbesar syarikat penerbangan itu.

"Perbelanjaan bahan api bagi tahun kewangan 2008 lebih tinggi berbanding 2007 memandangkan surcaj bahan api hanya membabitkan kira-kira 30 peratus daripada kos bahan api,'' katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, meskipun berlaku penurunan dalam harga minyak baru-baru ini, kos bahan api tetap lebih tinggi berbanding dengan surcaj yang diperkenalkan pada 2004.

Idris berkata, syarikat itu akan menawarkan harga yang lebih kompetitif bagi tawaran MH Value Fares yang menyediakan empat pilihan tambang baru bagi penumpang kelas ekonomi iaitu MHlow (diskaun sehingga 70 peratus), MHbasic (sehingga 50 peratus) dan MHsmart (sehingga 20 peratus) dan MHflex.

Erema sedia bergelar janda pada usia muda


Selasa Januari 13, 2009

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


JIKA ditanya kepada mana-mana wanita, tiada sesiapa pun yang ingin memegang status janda. Namun, bagi penyanyi Erema, dia sudah bersedia untuk menempa gelaran tersebut pada usia muda jika kehidupannya akan berubah lebih baik pada masa akan datang.


“Siapa yang nakkan rumah tangga bercerai-berai. Tetapi nampaknya jodoh saya hanya sampai setakat ini sahaja.


“Soal janda ni, saya nak buat bagaimana lagi. Jadi, saya kena terima juga. Saya rasa dah banyak perkara yang saya belajar sehingga dewasa kini.


“Saya sudah bersedia dari awal lagi untuk berhadapan dengan pelbagai anasir jahat dan orang yang membuat fitnah terhadap saya selepas ini kerana semua itu sudah saya lalui sebelum ini.


“Pada awalnya, memang saya tak larat untuk menerima semua tohmahan dan fitnah orang. Saya akui susah untuk hadapi setiap fitnah orang.


“Tetapi, sekarang saya dah faham dan latih diri supaya sentiasa bersabar,”
jawab Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26.


Keperitan yang dilalui dalam tempoh melalui proses penceraian ini memberikan suatu petanda yang suaminya, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 44, enggan menceraikannya.


Bagaimanapun, Erema tetap dengan pendiriannya yang nekad untuk memohon penceraian tersebut dan hanya berserah kepada keputusan pihak mahkamah kelak.


“Saya akui tempoh untuk menyelesaikan kes penceraian ini mengambil masa berbulan-bulan dan agak lama juga.


Erema anggap penceraiannya dengan Seri Bayu kerana mereka sudah tiada jodoh. -foto NITA

“Saya berharap supaya kes penceraian ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini kerana tidak mahu hal ini berlarutan sehingga semua perkara diketahui oleh orang ramai.


“Saya akan teruskan permohonan kes penceraian ini walaupun dia tak nak lepaskan. Saya berhak dilepaskan.


“Apa pun keputusan mahkamah, saya terima seadanya. Saya tetap akan teruskan hidup ini dan tak boleh terus kecewa.


“Alhamdulillah, sekarang kehidupan saya lebih baik dari segala-galanya. Saya juga merasai ketenangan.


“Yang penting, saya tahu batas sebagai isteri orang sebelum bergelar janda,” luah Erema ketika ditemui selepas perbicaraan kes tersebut di luar mahkamah, di sini, semalam.


Erema hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bersama rakannya, penyanyi Sharifah Azizah Syed Zain atau Rifa kira-kira pukul 9 pagi semalam manakala Seri Bayu gagal menghadirkan diri kerana masalah kesihatan.


Oleh itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad, semalam memutuskan untuk membawa kes penceraian Seri Bayu dan Erema pada 11 Mac depan, pukul 2 petang.


Terima mesej ugutan daripada Seri Bayu


Sehari sebelum kes penceraian penyanyi Erema dan suaminya, penulis lirik Seri Bayu dibicarakan, dia telah menerima mesej berbaur ugutan oleh suaminya itu semalam.


Erema tetap mahu dilepaskan secara baik oleh Seri Bayu walaupun suaminya enggan.

Menurut Erema, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu berkata: “Awak tengoklah esok (hari ini), siapa yang fitnah siapa.”


Minta cerai bukan kerana pengaruh


Jika dilihat dalam industri seni sekarang, pasangan ini merupakan antara pasangan selebriti yang mendapat liputan meluas mengenai kes penceraian mereka.


Bagaimanapun, Erema tidak menganggap kes cerai ini merupakan trend golongan artis yang mendirikan rumah tangga.


"Saya tidak bersetuju apabila mengatakan penceraian ini kerap kali berlaku di kalangan artis kerana semuanya bergantung kepada jodoh.


"Saya tak pernah terfikir pun sebelum ini yang hubungan kami akan berakhir dengan penceraian.


"Memang saya tak tahan lagi hidup dengannya sejak Hari Raya Pertama Aidilfitri lalu.


"Saya dah banyak bersabar. Saya tak boleh terima dia apabila dia memburuk-burukkan saya dan apa yang saya lakukan sudah tidak dihargai lagi,"
tegas Erema.


Tahu kesihatan suami melalui keluarga


Erema berkata kesihatan suaminya dilaporkan semakin baik oleh keluarganya.

Apabila ditanya sama ada dia mengetahui tentang keadaan dan kesihatan suaminya sebelum ini, Erema berkata dia ada mendengar berita tentang kesihatan suaminya itu melalui keluarganya.


“Keluarga saya ada memberitahu saya yang Abang Seri Bayu beransur sihat dan sudah boleh bergerak sedikit demi sedikit dengan sendiri. Alhamdulillah..,” kata Erema.


Erema menambah, kini dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya kerana suaminya dijaga oleh keluarga angkat.


Namun, Erema berkata kadangkala mereka ada juga berhubung melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).


“Abang Seri Bayu ada juga menghantar SMS kepada saya seperti bertanya khabar dan ucapan Selamat Tahun Baru baru-baru ini.


“Saya juga menghantar mesej meminta dia lepaskan saya dengan cara yang baik kerana dia akan memfitnah saya yang bukan-bukan apabila terlalu sakit hati dan tertekan.



“Saya faham sangat dengan perangai dia tetapi tak boleh cakap apa-apa,” kata Erema yang masih bekerja sebagai penyanyi kelab.


Yang paling meninggalkan kesan terhadap Erema, apabila Seri Bayu berkata: “Jangan harap aku akan lepaskan kau.”


Erema memfailkan kes cerai tersebut pada awal bulan November tahun lalu.Seri Bayu bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.


Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002. Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima anak berusia antara 7 hingga 15 tahun iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/13/mstar_hiburan/20090112154118&sec=mstar_hiburan

Doa Palestin

UCAPAN PALESTIN KPD KITA: Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami Kami tidak akan memaafkannya..

Doa orang yang teraniaya amat makbul "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..

Assalamu'alaikum,

Please don't break or putuskan mail ni...keep on fowarding to ur friend insyallah, Allah aminkan doa kita

Keluarga beri 'lampu hijau' hubungan Norman-Memey

Selasa Januari 13, 2009

Oleh WAHIDA ASRANI



CUKUP 'hangat' keadaan di set program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 siang tadi apabila pelakon muda yang cukup kontroversi ketika ini, Suhaiza Suhaimi atau mesra disapa Memey ini muncul buat pertama kalinya di kaca televisyen setelah lebih dua bulan 'bersembunyi' ekoran insiden ditangkap berkhalwat dengan aktor popular, Norman Hakim pada 30 Oktober lalu.


Ternyata, pelakon berusia 20 tahun ini cukup tenang saat ditemubual oleh dua hos program itu, Azura Azizul Azman dan Siti Hasfizza meskipun tidak terlepas menerima panggilan 'beracun' oleh seorang penonton.


Sesekali, riak wajahnya dilihat sedikit gelisah apatah lagi bila kehadiran wartawan di set tersebut turut melontarkan beberapa soalan 'panas'.


Namun begitu, satu demi satu soalan dijawab dengan cukup profesional bermula dari kes insiden tersebut sehinggalah status hubungannya dengan bekas suami aktres Abby Abadi itu.


Memey buat kemunculan pertama di kaca televisyen setelah dua bulan 'menghilang'

Memey yang kelihatan anggun dengan baju kurung berwarna merah jambu itu meluahkan satu persatu isi hati yang tersimpan selama lebih kurang dua bulan mendiamkan diri.


Bagi pelakon kelahiran Kota Tinggi Johor ini, cukuplah tohmahan yang dilempar masyarakat terhadap dirinya ketika dia cuba berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan berhubung kes tersebut termasuklah gelaran 'perampas' dan 'pemusnah' rumahtangga orang dilabelkan kepada dirinya.


Ketika ditemubual mStar Online Ahad lalu, Memey berkali-kali memohon maaf kerana enggan berdepan dengan pihak media di awal kes tersebut. Bukan cuba melarikan diri, tetapi kata tuan empunya diri, dia terpaksa berbuat demikian untuk meredakan keadaan yang cukup 'hangat' pada ketika itu.


Dalam temubual terbabit, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Farah Syakirah ini turut meminta maaf secara terbuka kepada Abby atas insiden tangkap khalwat itu dan akui perasaan bersalah terbuku di dalam dirinya apabila melihat keruntuhan rumahtangga aktres itu dan Norman yang berkecai gara-gara kes tersebut.


Namun, menerusi laporan sebuah akhbar semalam, Abby enggan menerima kemaafan bintang muda itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Memey itu sekadar untuk meraih simpati masyarakat.


"Saya insan biasa. Saya sedar saya buat kesilapan. Sama ada maaf saya diterima atau tidak, itu terpulang kepada dia (Abby). Saya tahu, dia masih dalam keadaan marah. Jadi, saya terima jika dia tidak boleh maafkan saya.


"Malah, andai kata ada peluang untuk saya bergandingan dengan Abby di dalam mana-mana drama, saya tetap akan terima dan melihat tawaran itu dari sudut profesional.


"Mungkin dari situ, akan ada peluang untuk saya cuba berbaik dengannya dan selesaikan masalah yang berlaku ini," luah Memey menerusi program tersebut.


Memey mendengar kata-kata dari pakar motivasi Dr.Tengku Asmadi yang turut diundang sebagai tetamu WHI

Kata anak ketiga daripada enam beradik ini, ketika rumahtangga pasangan itu sedang bergolak hebat berikutan kes tersebut, dia sendiri ada berbincang dengan Norman agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.


"Saya dan Norman pernah bercakap tentang hal itu kerana saya tidak mahu jika mereka bercerai, lagi teruk orang akan buat tohmahan pada saya. Tetapi, itu adalah kehidupan mereka dan saya tidak mahu mencampuri hal itu.


"Saya hanya memberikan pandangan saya kepada Norman, tetapi apa yang terjadi antara mereka ketika ini ialah atas keputusan mereka sendiri,"
tutur Memey berikutan perceraian pasangan tersebut bulan lalu.


Gosip dirinya mempunyai hubungan dengan Norman sebenarnya telah tercetus sebelum mereka ditangkap berkhalwat lagi. Khabar angin hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun lalu apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.


Malah, mereka juga dikatakan sudah bernikah secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand, namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.


Berikutan itu, rumahtangga Norman dan Abby dikatakan bergolak apatah lagi Abby kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan tahun lalu.


Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya selepas Hari Raya Aidilfitri dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Hari Raya pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.


Namun, kes khalwat yang membabitkan Norman dan Memey telah mengeruhkan keadaan apabila Abby nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya itu.


Ditanya apa yang akan dilakukannya jika dia sendiri berada di dalam situasi Abby, dalam nada tenang, Memey menjawab:


"Andai kata ditakdirkan satu hari nanti saya turut ditimpa nasib yang sama, sebagai insan biasa saya akan menerima. Mungkin nampak senang bila bercakap sedangkan bukan saya yang lalui sendiri, tetapi apa yang telah terjadi ini adalah satu pengajaran besar dalam hidup saya.


"Saya harap, pengajaran yang saya terima ini akan menjadikan saya seorang yang tenang andai kata nasib saya juga ditentukan seperti itu kelak.


Cuma, saya ingin tegaskan di sini, apa yang terjadi ini adalah di luar jangkaan saya,"
katanya.


Pelakon berusia 20 tahun itu akui keluarga tidak pernah menghalang "hubungan" dengan Norman meskipun setelah berlakunya insiden tangkap khalwat itu

Jelas Memey lagi, dia juga sedar perkara ini akan turut memberikan impak besar buat anak-anak Norman dan Memey, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan rasa kesal yang mendalam.


"Saya juga seorang perempuan, ada hati dan perasaan. Saya sedar, jika saya berada di tempat Abby, saya juga tidak mahu perkara sedemikian berlaku pada saya.


"Sebagai anak, sudah tentu saya juga tidak mahu keluarga saya pecah-belah. Tetapi, saya tidak pernah rancang untuk jadinya benda ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sedar kesilapan saya dan saya hanya mampu memohon maaf,"
jelas Memey yang gagal menahan sebak.


Mengimbas kes insiden ditangkap khalwat di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang itu, kata Memey, apa yang terjadi pada malam itu sebenarnya cukup mendadak buat dirinya.


"Saya tak boleh fikir apa-apa ketika itu. Saya terkejut dan amat sedih sebenarnya. Bila serbuan dibuat, saya terus hubungi ibu dan ceritakan apa yang berlaku sebab saya tidak mahu keluarga mendapat berita ini daripada pihak lain terlebih dahulu.


"Mereka memang terkejut, tetapi setelah dijelaskan, mereka faham situasi sebenar. Saya juga ingin menafikan dakwaan ramai yang mengatakan saya sebenarnya telah menginap di pejabat Norman itu selama lapan bulan.


"Itu tidak benar. Saya sebenarnya tinggal dengan adik dan bapa saudara saya. Cuma saya kerap ke pejabat dia kerana membantu Norman melakukan kerja-kerja 'admin' apatah lagi ketika itu seorang pekerjanya sudah berhenti.


"Mungkin daripada situ, orang melihat saya seolah-olah tinggal terus di pejabat itu,"
kata Memey yang juga sehingga kini masih membantu Norman di syarikat aktor itu, MDH Trading & Services.


Untuk menjernihkan namanya, Memey sanggup memberikan kerjasama yang baik dengan pihak JAIS dan bersedia untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 20 Januari depan untuk perbicaraan kes khalwatnya itu.


"Memang gementar untuk berdepan dengan kes itu, tetapi inilah yang perlu saya lalui. Apapun, saya sudah bersedia. Dan saya memang tidak sabar untuk selesaikan perkara ini dengan segera," tutur Memey.


"Hubungan saya dan Norman memang rapat"


Tatkala menyepikan diri selama dua bulan, selain sokongan padu keluarga, Memey akui Norman juga turut memberikan kata-kata semangat agar dirinya terus tabah menjalani kehidupannya.


"Sebagai orang baru di dalam bidang ini, saya memang terfikir untuk terus berdepan dengan pihak media pada awal kes ini untuk jelaskan hal yang sebenar.


"Tetapi, sebagai seorang lelaki yang matang, Norman memberikan 'points' dan menyarankan agar saya berdiam diri dulu,"
kata Memey.


Ditanya mengapa Norman yang menjadi lelaki "pilihannya", Memey sambil tersenyum berkata, dia sendiri tidak menyangka hubungan persahabatan yang terjalin itu bertambah rapat.


"Pada awalnya, saya dan Norman hanya sebagai rakan artis yang mana dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih baru dalam bidang ini. Tetapi hubungan kami semakin rapat atas dasar kerja.


"Saya akui, hubungan kami memang rapat. Terpulanglah kepada penilaian masyarakat. Dia seorang lelaki dan kawan yang baik. Saya nampak dia juga seorang yang prihatin dan bijak.


"Memang kami masih lagi berjumpa sekarang ini, tetapi tidaklah selalu," kata Memey yang menambah, dia masih belum pernah dibawa bertemu dengan anak-anak aktor tersebut.


Ditanya adakah keluarga tidak menghalang andai kata Norman melamarnya, Memey dalam nada ceria berkata, keluarganya tidak pernah menghalang dirinya untuk terus berkawan dengan Norman meskipun selepas berlakunya insiden itu.


Malah, khabar angin yang mengatakan Norman dan keluarganya pernah berkunjung ke rumah keluarga Memey di Johor baru-baru ini dan kelibat Memey yang dilihat turut berada di rumah keluarga Norman di Kuantan selepas itu juga tidak dinafikan oleh pelakon muda ini.


"Memang kunjungan ada dibuat, tetapi semua itu untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan menjelaskan perkara sebenar atas apa yang terjadi. Dan apa yang saya lihat, hubungan Norman dan keluarga saya memang baik.


"Begitu juga dengan keluarga Norman yang dapat menerima apa yang berlaku seadanya. Mereka tidak menyalahkan mana-mana pihak pun atas apa yang terjadi. Apa yang boleh saya katakan, kedua-dua keluarga berhubungan baik.


"Memang kalau sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, saya tidak akan menolak. Tetapi soal kahwin tidak ada langsung dalam perancangan saya ketika ini. Saya sendiri tidak mampu meramalkan apa yang bakal terjadi kelak," kata Memey.


Harap tidak diboikot penerbit


Sebaik terjebak dengan kes khalwat itu, nasib Memey di dalam dunia lakonan dikatakan turut 'terjejas'. Meskipun Memey dilihat sebagai antara bintang baru yang cukup menyerlah, namun begitu episod hitam itu ternyata memberi 'kesan' negatif buat karier seninya.


Gara-gara kes tersebut, nama Memey pernah digugurkan daripada sebuah produksi dan digantikan dengan pelakon lain untuk sebuah drama. Namun begitu, kata Memey, dalam tempoh dua bulan mendiamkan diri, masih ada penerbit drama yang terus percaya akan bakatnya dan menawarkannya untuk membintangi drama-drama terbitan mereka.


Tetapi, Memey sendiri menolak semua tawaran tersebut untuk 'berehat' seketika memandangkan keadaan ketika itu cukup 'tegang'.


"Saya akui, saya 'tergelincir' dalam pendakian menuju ke puncak karier saya. Dan inilah masanya untuk saya kembali dengan impian saya selama ini. Saya harap masih ada peluang untuk saya terus mengukir nama dalam bidang ini dan tidak sampai ke tahap diboikot.


"Saya mempunyai matlamat sendiri dalam bidang ini. Saya harap, perkara ini dapat berakhir dengan baik dan kalau boleh, biarlah saya dikenali selepas ini kerana bakat saya,"
katanya yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Skop Productions berjudul Roda-Roda Kuala Lumpur pada Februari ini.


Kembali berbaik dengan Darling


Umum sedia maklum bahawa karier seni Memey banyak dibantu oleh ibu saudaranya yang juga merupakan produser dan pelakon popular, Darling Ngasri.


Namun begitu, tidak lama dulu timbul cerita bahawa Memey seolah-olah 'besar diri' dan lupa akan jasa yang ditaburkan oleh Darling.


"Memang dulu saya ada masalah dengan dia. Tetapi rasanya tidak perlulah saya beritahu apa yang terjadi. Lagipun perkara itu sudah lama berlalu.


"Tetapi sebaik berlakunya insiden baru ini, saya ada berjumpa dengan Darling dan apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dan dia kembali pulih.


"Cuma mungkin kami tidak serapat dulu kerana masing-masing perlu menguruskan karier sendiri,"
katanya.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/13/mstar_hiburan/20090113181638&sec=mstar_hiburan

Sokongan Melayu belum jelas, Cina dijangka memihak Pakatan



Selasa Januari 13, 2009

Oleh G. MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Menjelang pengundian Sabtu ini, arah aliran sokongan pengundi Melayu di Kuala Terengganu masih belum jelas manakala pola undian pemilih-pemilih Cina pula dijangka beralih kepada pembangkang.


Tinjauan pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan kira-kira 11 peratus pengundi masih belum membuat keputusan mengenai calon dan parti yang mereka bakal menyokong.


"Kajian menunjukkan sukar untuk menentukan keinginan memberi undi di kalangan pemilih ketika tinjauan pendapat umum ini dikendalikan.


"Berdasarkan pemerhatian terhadap data dikumpulkan, kajian ini percaya pengundian di kalangan Melayu dijangka berbelah bahagi dengan jurang yang kecil, dengan kemungkinan lapan peratus belum membuat keputusan lagi,"
kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.


Kata beliau, kecenderungan di kalangan pengundi Cina pula sukar untuk diukur tetapi pemerhatian ke atas respons yang diberikan terhadap isu-isu dibangkitkan menunjukkan sokongan mereka akan sedikit memihak kepada pembangkang.


Malah, kata beliau, pengundi-pengundi kerusi Kuala Terengganu mengutamakan kualiti calon berbanding faktor-faktor lain seperti isu dan parti-parti yang bertanding.


Tinjauan umum itu dikendalikan antara 7 dan 11 Januari lalu untuk menilai persepsi pengundi di sini terhadap isu-isu dan perkembangan yang menyelubungi pilihan raya kecil ini.


Seramai 527 pengundi berdaftar iaitu 408 kalangan pengundi Melayu dan 119 pengundi Cina ditemu bual dalam tinjauan ini.


Tinjauan menunjukkan bahawa majoriti pengundi di bahagian ini, yang majoritinya pengundi Melayu merasakan negeri Terengganu dan negara pada umumnya berada dalam landasan yang betul.


Bagaimanapun penelitian terperinci kajian ini mendapati sentimen pengundi Cina adalah lebih 'berhati-hati' dan rendah berbanding pengundi Melayu.


Kata beliau, di kalangan pengundi Cina isu peringkat nasional lebih mempengaruhi mereka berbanding isu peringkat negeri.


Berhubung kedudukan landasan negara, hanya 36 peratus responden Cina bersetuju bahawa ia berada dalam landasan yang betul dan berbelah bahagi apabila disoal mengenai arah aliran landasan di peringkat negeri, jelas beliau.


Pada masa yang sama, kata Ibrahim, 70 peratus pengundi Melayu mengatakan bahawa "keadaan adalah baik" di peringkat negeri Terengganu.


Mengenai isu-isu yang menyentuh perhatian responden, tambah beliau, 21 peratus pengundi mahu inflasi dikawal, 26 peratus ingin melihat usaha memantapkan Islam, dan 16 peratus mahukan pembangunan berterusan.


Di kalangan pengundi Cina, 53 peratus mahu kerajaan melayan bukan Melayu dengan lebih adil dan 18 peratus yang lain mahu rasuah dihapuskan.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/13/mstar_mutakhir/20090113223907&sec=mstar_mutakhir

Anwar perlu guna kelebihan desak Israel hentikan serangan



Selasa Januari 13, 2009

KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan kelebihan hubungan rapatnya dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mempengaruhi kuasa besar itu mengarahkan Israel menghentikan serangan di Gaza, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.


Beliau berkata isu Palestin bukanlah satu isu kepartian tetapi lebih kepada isu sejagat dan kemanusiaan yang memerlukan semua pihak bersatu dalam menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan AS mengambil tindakan segera dalam menangani isu terbabit.


"Saya tengok dia menyokong kita, itu penting bahawa dia mula memahami intipati dan inspirasi rakyat Malaysia yang menentang kezaliman dan rejim Israel yang melakukan jenayah antarabangsa.


"Diorang (Anwar) pun ada pengaruh sebab diorang pun rapat dengan Amerika. Jadi mereka patut guna pengaruh, guna rakan-rakan Amerika, jadi sama-sama bertindak," katanya selepas majlis pelancaran program Masyarakat Wanita Anti Dadah (Mawadah) peringkat kebangsaan di sini.


Katanya, 10 usul dikeluarkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai kekejaman rejim Zionis di Gaza, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam adalah pendirian dan intipati naluri rakyat Malaysia.


Syed Hamid berkata isu tersebut tidak mencukupi jika hanya dibincangkan di Parlimen semata-mata, tetapi haruslah disusuli dengan tindakan yang lebih proaktif untuk memastikan rejim Zionis yang melakukan keganasan itu dapat diambil tindakan.


Syed Hamid berkata kedua-dua negara sama ada AS mahupun Israel perlu dihadapkan ke tribunal jenayah perang antarabangsa kerana terlibat dengan jenayah antarabangsa, jenayah kemanusiaan serta melakukan peperangan yang bertentangan dengan Konvensyen Geneva. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/13/mstar_berita/20090113210126&sec=mstar_berita

Hudud: Samy Vellu sifatkan Karpal 'gentleman'




Selasa Januari 13, 2009

Oleh G. MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini memuji Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang berprinsip ekoran tindakannya secara terus-menerus menentang usaha PAS melaksanakan undang-undang hudud meskipun pemimpin lain parti itu mengambil pendirian bertentangan.


"Karpal adalah seorang ahli politik gentleman dan seorang veteran. Walaupun kami ada perbezaan pandangan, saya menghormati beliau tetapi tidak boleh mengatakan yang sama ke atas pemimpin-pemimpin DAP yang lain, yang hanya berminat untuk memenangi pilihan raya kecil ini berbanding masa depan negara (jika undang-undang hudud diperkenalkan)," kata beliau selepas berkempen di sini hari ini.


Samy Vellu, bekas anggota Kabinet, berada di sini sejak malam tadi untuk meraih sokongan pengundi-pengundi India di sini dalam pilihan raya kecil kali ini.


Karpal, kata Samy Vellu, selaku Pengerusi DAP sentiasa memperlihatkan pendirian konsisten apabila menyatakan pandangan tentang sesuatu isu.


"Kita mempunyai pandangan yang berlainan di Parlimen tetapi apabila beliau mengemukakan perkara baik, saya akan memberi laluan.


"Saya akan menjawab soalan beliau semasa saya di Parlimen jika ia sesuatu yang munasabah dan baik. Saya menghargai prinsip-prinsip beliau," katanya.


Karpal yang menyatakan pendirian tegas selama ini kelmarin berkata, parti itu sanggup bekerjasama dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekiranya PAS dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.


"Dalam politik telah dikatakan bahawa tiada musuh atau rakan yang kekal, tetapi prinsip yang kekal perlu dimiliki oleh setiap parti politik," kata Karpal.


Karpal berkata, PAS dan PKR perlu menerima hakikat bahawa hudud tidak pernah termaktub dalam perundangan negara.


"Keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai anutan di negara ini tidak boleh digugat dengan percubaan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Pada Rabu lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganut Kristian tidak perlu merasa gusar sekiranya masyarakat Islam mahukan undang-undang Islam.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, hukum hudud adalah untuk orang Islam sahaja sementara bukan Islam boleh memilih untuk dibicarakan di bawah undang-undang sivil.


Karpal berkata hujah tersebut tidak logik.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/13/mstar_berita/20090113173533&sec=mstar_berita

Terengganu bakal nikmati royalti minyak cecah RM3 billion

Selasa Januari 13, 2009

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat negeri Terengganu bakal menikmati royalti hasil minyak mencecah RM3 bilion setiap tahun sekiranya harga bahan api itu naik di pasaran.


Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan sebaik mungkin wang royalti berkenaan dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu.


Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.


"Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.


"Tahun depan, kalau ada rezeki, harga minyak naik, rezeki rakyat Terengganu akan bertambah. Sekurang-kurangnya RM1.6 bilion hingga RM3 bilion akan jadi milik rakyat Terengganu.


"Cuba bayangkan rezeki banyak ini yang Tuhan berikan pada rakyat Terengganu. Negeri lain di Pantai Timur (iaitu) Kelantan, Pahang tak dapat ini tapi rakyat Terengganu dapat anugerah ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini hari ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahmad.


Najib berkata kerajaan pusat tidak pernah mempersoalkan apa yang dilakukan kerajaan negeri Terengganu dengan wang royalti berkenaan.


"Apa yang dapat, gunakan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, Menteri Besar ada beritahu apa yang nak dibuat dengan wang itu. Cuma saya pesan gunakan wang itu untuk kesejahteraan rakyat".


Beliau berkata apa yang perlu ialah setiap projek pembangunan yang dilaksanakan mesti mesra rakyat yang akan menguntungkan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


"Ini rezeki tambahan. Kita tak akan persoal apa kerajaan Terengganu buat asalkan rakyat mendapat kebaikan," katanya.


Najib berkata untuk menjamin pendapatan kerajaan negeri Terengganu tidak susut walaupun hasil bahan api itu sudah tiada kelak, kerajaan pada prinsipnya meluluskan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) untuk mengendalikan pelaburan royalti minyak itu dengan dana permulaan RM10 bilion.


Beliau berkata TIA yang merupakan cadangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, bakal diurus oleh para profesional.


Badan itu akan menggunakan pendapatan daripada hasil royalti minyak untuk membuat pelaburan di dalam dan luar negara menerusi pasaran bon bagi menjamin kelangsungan pendapatan negeri pada masa depan, katanya.


"Dengan cara ini, rakyat Terengganu mendapat jaminan pendapatan tambahan ini akan terus diperolehi walaupun hasil minyak sudah tiada lagi," katanya.


Najib berkata usaha kerajaan pusat membawa perubahan di Terengganu tidak hanya akan terhenti setakat itu.


"Kita ingin lihat negeri di Pantai Timur ini membangun seperti juga di Pantai Barat. Alhamdulillah, kemajuan Terengganu kini begitu mempersonakan.


"Banyak perubahan yang berlaku bermula 2004 sehingga hari ini. Kita berazam untuk teruskan proses transformasi besar di Terengganu ini," katanya.


Jelasnya antara perubahan ketara yang sudah dilaksanakan ialah langkah kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang membolehkan pesawat Boeing 747 mendarat di situ sejak September lepas.


"Kini rakyat Terengganu nak ke Mekah juga lebih mudah, boleh terbang terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah. InsyaAllah, lebuh raya baru akan siap tidak lama lagi. Janji kita, kita tunaikan.


"Bukan seperti pembangkang yang hanya tahu menabur janji...janji nak hapuskan cukai tanah jika berkuasa, tak buat juga...kata nak tubuh kerajaan pada 16 September (2008), akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga yang berkuasa. Tak usahlah kita terpesona dengan janji-janji itu terutama ketika pada pilihan raya," katanya. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/13/mstar_berita/20090113143655&sec=mstar_berita

47 peratus pesakit denggi mati lewat terima rawatan


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan lebih 47 peratus pesakit demam denggi meninggal dunia berikutan lewat mendapat rawatan sewajarnya di hospital.

Berikutan itu, kementerian itu melancarkan buku Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) bagi memberi panduan kepada doktor, pembantu perubatan dan jururawat mengenal pasti gejala dan rawatan sesuai untuk pesakit yang disyaki menghidap penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata buku itu akan diedarkan secara percuma ke seluruh hospital di negara ini dalam usaha kerajaan mengurangkan kematian akibat demam denggi.

“Kita berharap doktor, jururawat atau pembantu perubatan di klinik dan hospital di seluruh negara dapat menggunakan buku untuk mengenal pasti dan memberi rawatan sebaik mungkin kepada pesakit denggi,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan buku CPG Pengurusan Demam Denggi Untuk Golongan Dewasa di sini, semalam.

Selain mengedarkan buku berkenaan, beliau berkata, kementerian itu juga akan menganjurkan satu seminar khas yang dihadiri pengarah kesihatan negeri, doktor pakar dan pengamal perubatan bagi meningkatkan tahap pengurusan pesakit denggi di hospital dan klinik di seluruh negara.

“Kita mendapati kadar kes demam denggi tahun lalu meningkat sebanyak 489 kes atau satu peratus kepada 49,335 kes berbanding 2007.

“Kami berharap menerusi seminar yang diadakan ini, ia dapat mencari jalan penyelesaian bagi menghadapi peningkatan kes demam denggi di seluruh negara,”
katanya.

Statistik juga, katanya, mendapati Labuan mencatat peningkatan kes denggi tertinggi sebanyak 141 peratus, Perak (46 peratus), Terengganu (36 peratus), Selangor (34 peratus), Johor (16 peratus), Melaka (13 peratus) dan Negeri Sembilan (10 peratus).

“Secara keseluruhnya, kadar kes kematian akibat demam denggi juga meningkat daripada 98 pada 2007 kepada 112 tahun lalu.

“Daripada jumlah berkenaan, 94 peratus atau 46,518 kes adalah demam denggi manakala enam peratus atau 2,817 kes membabitkan kes denggi berdarah (DHF),”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113085422/Article/index_html

Tindakan boikot barangan AS kena berhati-hati


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menyokong usaha memboikot barangan buatan Amerika Syarikat dialu-alukan tetapi perlu dilaksanakan berhati-hati.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, pendekatan itu harus dilakukan dengan berhemah kerana jika tidak, boleh mendatangkan tindak balas negatif kepada negara.

“Bagi memboikot sesuatu produk dari luar, khususnya Amerika Syarikat, harus dilaksanakan berhati-hati kerana kita mempunyai produk yang dieksport keluar.

“Kita harus menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan kita tapi dari segi memboikot sesuatu barangan kita perlu melihatnya satu persatu kerana langkah pemboikotan agak sukar dilakukan kerana banyak ahli perniagaan kita menjalankan perniagaan secara francais barangan Amerika Syarikat,”
katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Wangsa Tegap Sdn Bhd dengan The Ritz-Carlton Hotel Company LLC semalam.

Katanya, apa yang penting adalah perubahan sikap sendiri yang harus bersedia membeli barangan buatan tempatan dan tidak bergantung kepada barangan luar.

“Kita harus sedar kebanyakan perniagaan barangan francais dari Amerika Syarikat itu diuruskan sepenuhnya rakyat tempatan.

“Tindakan memboikot barangan tersebut secara langsung menjejaskan perniagaan mereka di samping memberi kesan pendapatan majoriti rakyat tempatan yang bekerja dengannya,”
kata Ong.

Beliau juga menekankan perlunya pendekatan stategik dalam menjayakan kempen tersebut dengan memberi keutamaan kepada penggunaan barangan tempatan, terutama pada sektor makanan. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113085805/Article/index_html

Dr Mahathir syor hantar bekalan menerusi kapal


SUBANG: Malaysia perlu mengatur penghantaran kapal bekalan mengandungi makanan, ubat-ubatan, selimut dan keperluan lain dengan negaraa lain bagi membantu mangsa serangan kejam Israel di Semenanjung Gaza.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usaha penghantaran bekalan menerusi Mercy dan beberapa pertubuhan lain sangat mengkagumkan, namun jumlahnya tidak mencukupi.

“Hospital mereka dibom dan penduduk di sana kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

“Malaysia perlu menggerakkan usaha khusus ini menghantar lebih banyak bekalan menerusi kapal kerana negara jiran seperti Mesir dan Jordan tidak akan membenarkan bekalan seumpamanya melalui wilayah mereka,”
kata Dr Mahathir selepas menyampaikan syarahan mengenai Keamanan Global di Kolej Taylor’s di sini semalam.

Dr Mahathir berkata kapal tidak membawa senjata yang belayar di perairan antarbangsa tidak boleh diserang atau ditenggelamkan kerana tindakan sedemikian adalah satu jenayah.

Beliau mencadangkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) merombak sistem kuasa veto bagi mewujudkan keadaan lebih seimbang dalam Perhimpunan Agung badan dunia itu dan Majlis Keselamatan.

“Perkara yang terbaik adalah tidak mempunyai sistem kuasa veto langsung. Tetapi memandangkan kuasa besar percaya bahawa mereka sepatutnya mempunyai hak lebih besar daripada yang lain, kita perlu memberikan mereka hak dengan mengenakan syarat.

“Jika hanya satu kuasa veto digunakan terhadap suatu resolusi oleh anggota tetap, ia sepatutnya tidak sah. Sebaliknya, hanya satu kuasa veto disokong oleh dua hingga tiga anggota tetap serta dua hingga tiga anggota bukan tetap barulah ia dianggap sah.

“Jika anda mengambil definisi keganasan sebagai perasan takut kerana berasa gerun terhadap apa-apa jua, sesiapa mencetuskan perasaan takut itu adalah pengganas. Hari ini, kita semua tahu bahawa penduduk di Gaza gerun dengan idea dibunuh tentera Israel,”
katanya. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113085827/Article/index_html

`Berjihad di mana saja’


Oleh Amir Abd Hamid


KUALA LUMPUR: “Saya akan tetap berjihad di mana saja saya berada kerana tanah air di Palestin sentiasa subur di jiwa saya,” kata Muslim Abu-Umar, 22, warga Palestin yang melanjutkan pengajiannya di negara ini.

Penuntut tahun akhir dalam jurusan Kejuruteraan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menyatakan tekadnya untuk berjihad melawan kekejaman rejim Zionis Israel ditanam sejak kecil, lebih-lebih lagi ayahnya Mohamed Imran Abu-Umar, 51, ditahan di Penjara Tebing Barat.

Dia bukan saja geram kerana ayahnya yang bekerja di Organisasi Amal Islam di Palestin ditahan tanpa diketahui kesalahan, malah hatinya membara apabila melihat rakan terkorban disebabkan tingkah-laku tidak berperikemanusiaan pengganas Israel.

“Justeru, peluang berjihad dari Malaysia akan saya gunakan sebaik mungkin dengan menanamkan pemahaman kepada semua bahawa rakyat Palestin terus-menerus dianiaya tentera Israel.

“Penduduk Palestin bukannya tidak cukup bahan makanan, apa yang berlaku sebenarnya ialah kami tidak mendapat sokongan kuat dari segi sokongan diplomatik dan politik saudara seagama Islam di seluruh dunia.

“Duit, makanan dan ubat-ubatan bukan masalah utama walaupun dikenakan pelbagai bentuk sekatan. Apa yang penting kerjasama sokongan diplomatik dan politik kerana ia sangat membantu kami menjadi lebih kuat serta tidak lagi dipandang lemah Israel,” kata anak kedua dari lima beradik itu.

Pelajar tajaan penuh Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor negara yang juga Tokoh Maal Hijrah 1429, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary itu berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat di pejabat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) semalam.

Apa dikesalkan Muslim ialah walaupun jelas penduduk Palestin dianiaya pengganas Israel, namun Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diharap membela nasib warga Palestin belum melakukan tindakan sewajarnya.

Katanya, lima juta penduduk di Palestin manakala tujuh juta lagi berada di luar negara itu amat mengharapkan simpati dan sokongan negara lain khususnya Islam bagi membantu mereka menjalani kehidupan damai di bumi sendiri.

“Kita sedih, Barrack Obama yang dilantik secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari ini, menyuruh Hamas menghentikan serangan roket, padahal yang memulakan serangan dari pihak Israel.

“Lebih 900 terkorban di Gaza kerana pengeboman Israel tapi dia suruh Hamas menghentikan serangan, ini semua tidak masuk akal,”
katanya.

Sementara itu, keputusan mesyuarat lebih dua jam itu mencapai keputusan menubuhkan sekretariat khusus membantu menangani isu Palestin.

Mesyuarat berkenaan diwakili enam Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) masing-masing Naib Presiden GPMS, Jais Abdul Karim; Setiausaha Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Zahirah Shafie; Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad; Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Hasnul Hanif; Presiden Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima), Mohamed Kathir Ali dan Muslim Abu-Umar sendiri yang mewakili jawatankuasa Al-Aqsa Friends Society-IIUM.

Naib Presiden GPMS, Jais Abdul Karim, berkata sekretariat yang belum diberikan nama itu bertujuan membantu rakyat Palestin dengan langkah awal mengadakan kempen kesedaran kepada mahasiswa Islam seluruh negara mengenai nasib di negara Asia Barat itu.

Selain itu katanya, mereka menjalankan kutipan derma untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

“Sekretariat ini mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi beroperasi khusus membantu rakyat Palestin.

“Selain dari enam NGO hari ini (semalam), kita akan menggerakkan kerja menarik semua pertubuhan pelajar di universiti tempatan menyertai sekretariat sebelum diperluaskan di universiti luar negara,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113085848/Article/index_html

Cadang haram ‘Beta Agonist’

PUTRAJAYA: “Penggunaan ‘Beta Agonist’ termasuk dari jenis Ractopamine dalam sektor penternakan akan diharamkan selepas kajian terperinci mengenai kesan penggunaannya diperoleh tidak lama lagi,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, cadangan pengharaman bahan kimia itu dikemukakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) bagi memudahkan tindakan pemantauan terhadap ladang penternakan di seluruh negara.

“Kementerian akan mengkaji cadangan itu memandangkan ia disalahgunakan dalam industri ternakan terutama penternakan khinzir kerana ia boleh mempercepatkan pertumbuhan haiwan ternakan serta mengurangkan lemak.

“Jika cadangan ini diterima ia akan memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap semua ladang penternakan,”
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Beta-Agonist Peringkat Kebangsaan di kementeriannya di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113085937/Article/index_html

Bukan jaga sebelah pihak


Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri


KUALA LUMPUR: Tindakan Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPBSSM) yang membuat pelbagai tuntutan dan yang terbaru mengugut untuk menghentikan perkhidmatan menghairankan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Ini kerana, perkara berkenaan dibangkitkan sebaik sesi persekolahan 2009 mula dibuka dan tuntutan itu bukan dibuat sejak harga diesel dan petrol diumumkan tahun lalu.

Menurut Pengarah LPKP, Naimah Ramli, tindakan PPBSSM mengenakan surcaj 30 peratus dan mengugut untuk menghentikan perkhidmatan selama dua minggu kerana tuntutan mereka untuk mendapatkan subsidi diesel mengundang rasa hairan.

“Kenapa baru sekarang mereka membuat pelbagai tuntutan? Harga petrol dan diesel diumumkan tahun lalu, tetapi kenapa mereka tidak membuat tuntutan sejak harga baru itu diumumkan?” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan PPBSSM membekukan perkhidmatan selama dua minggu menjelang Februari ini jika tuntutan 30 peratus surcaj tambang tidak dipenuhi kerajaan.

Tindakan itu dibuat bagi membuka mata LPKP untuk menilai serta menimbang semula memorandum berhubung cadangan kenaikan kadar tambang serta penambahan subsidi diesel serta pengurangan harga diesel kepada RM1 seliter.

Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan pembekuan perkhidmatan belum ditetapkan.

Menurutnya, tindakan PPBSSM itu juga seolah-olah mencabar LPKP sedangkan kenyataan mengenai kajian kadar tambang baru sedang dijalankan.

“Kami sudah banyak kali maklumkan kadar tambang baru sedang dikaji. Banyak perkara perlu diambil kira dan kami tidak akan membuat keputusan yang menguntungkan sebelah pihak,” katanya.

Naimah berkata, LPKP bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pengguna iaitu ibu bapa kerana setiap pengumuman yang dibuat akan memberi kesan secara langsung kepada ibu bapa.

“Kami tidak boleh fikirkan sebelah pihak saja. Ibu bapa yang mengeluarkan belanja untuk membayar yuran bulanan perkhidmatan bas sekolah dan kami akan membuat keputusan adil untuk semua pihak.

“Jika hanya seorang anak saja yang bersekolah, ia mungkin tidak menjadi masalah, tapi bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai empat anak bersekolah dan semuanya menggunakan perkhidmatan bas sekolah,”
katanya.

Menurut Naimah, tindakan mereka mengugut untuk membekukan perkhidmatan selama dua minggu menunjukkan mereka seolah-olah tidak berminat meneruskan tugas sebagai pemandu dan pengusaha bas sekolah.

“Jika, mereka tidak berminat, ia tidak menjadi masalah kepada kami. Tetapi, akan menjadi masalah kepada mereka sendiri kerana hilang mata pencarian,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan melaporkan kepada LPKP sekiranya mereka menjadi mangsa pengusaha bas sekolah.

Aduan boleh dibuat melalui talian 1-800-88-9600 atau menerusi khidmat pesanan ringkas ke 39900 atau e-mel ke aduanlpkp@mecd.gov.my.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113090033/Article/index_html

Tuesday, January 13, 2009

AbangZin terlampau


Oleh Salman Hamat dan Md Fuzi Lateh



TAK MALU...gambar lucah AbangZin yang dimuatkan
dalam blognya.



KUALA LUMPUR: Rosak akhlak, itulah yang sesuai untuk menggambarkan kegilaan seorang blogger yang memperkenalkan diri sebagai AbangZin dan menggunakan laman sembang blognya untuk mempelawa lebih ramai golongan bernafsu songsang melakukan hubungan sejenis yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Malah, laman blog yang sudah wujud sejak 2006 itu turut memaparkan gambar lucah dan menjijikkan AbangZin, 43, yang mendakwa berasal dari Johor.

Sebagai daya penarik lain, dia turut mengedarkan rakaman aksi lucah peribadinya ketika membuat hubungan seks songsang bersama puluhan pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat seks daripadanya.

Penelitian dijalankan wartawan Harian Metro mendapati terdapat hampir 36 siri rakaman aksi lucah berkenaan yang dijual kepada individu berminat dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan diiklankan di laman blog sama serta dijaja pada harga RM20 sekeping.

Dipercayai semua siri rakaman itu koleksi peribadi lelaki berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Pelanggan yang berminat mendapatkan VCD itu boleh membuat bayaran melalui akaun bank diberikan dan VCD berkenaan akan dihantar menggunakan khidmat pos ke alamat diberikan.

Difahamkan, semua proses rakaman, suntingan dan memasarkan VCD aksi lucah itu dilakukan sendiri olehnya tanpa bantuan orang lain.

Tanpa segan, golongan yang sering melayari laman blog itu turut bertukar-tukar gambar memberahikan masing-masing sebagai kenangan.

Wartawan Harian Metro turut menyamar sebagai lelaki gay yang berminat untuk mendapatkan khidmat seks serta VCD daripada lelaki terbabit menggunakan nombor telefon bimbit tertera pada laman blog berkenaan.

Untuk mengelak dirinya daripada terjerat, lelaki terbabit turut bertanyakan kod khas yang biasa digunakan golongan gay sebelum berbicara khidmat disediakan.

Berikut rakaman perbualan antara wartawan Harian Metro dan AbangZin selepas meyakinkannya pemanggil adalah seorang lelaki gay.

Wartawan: Boleh bercakap dengan Abangzin, saya Eddy dari Kuala Lumpur berminat langgan khidmat AbangZin.

AbangZin: Awak jenis ‘top’ ke ‘bottom’

Wartawan: Saya dua-dua boleh.

AbangZin: Kalau nak boleh, tapi kena top-up (tambah nilai telefon bimbit) dulu dan baru kita cakap pasal servis serta tempat nak jumpa.

Wartawan: Biasanya berapa nak kena top-up?

AbangZin: Tengok tempat dan lokasi hotel kita nak jumpa. Kalau dekat RM50 dah ok, tapi kalau jauh RM200.

Wartawan: Ok nanti saya akan telefon balik untuk tetapkan tarikh dan tempat kita akan jumpa.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113090414/Article/index_html

Polis cari suri rumah bantu kes dera amah


KUALA LUMPUR: Polis berusaha mengesan seorang suri rumah yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes dera seorang pembantu rumah dari Sabah, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata Effasheila Edris, 24, dari Kampung Sipitang, Sabah menghilangkan diri selepas suaminya menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan kes dera dan perkosa pembantu rumah itu.

“Suri rumah itu dipercayai menghilangkan diri bersama dua orang anak kembarnya sejak Khamis lalu selepas pembantu rumah terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, gambar Effasheila sudah disebarkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suri rumah itu berasal dari kampung sama dengan pembantu rumah terbabit.

Khamis minggu lalu seorang pembantu rumah membuat laporan dia didera secara fizikal sehingga luka di seluruh anggota badan dan dirogol enam kali, selain tidak diberi makan selama tiga hari. — Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113090422/Article/index_html

Mana 100 lembu saya?

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim



RUGI...mangsa menunjukkan salinan laporan polis
dan beberapa dokumen berhubung dakwaan
penipuan yang dilakukan syarikat terbabit.


KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun kerugian RM15,000 selepas pelaburan yang dibuat untuk menyertai program keusahawanan berasaskan produk daging lembu yang dianjurkan sebuah syarikat hanya indah khabar dari rupa.

Syarikat itu turut menawarkan beberapa program kononnya untuk melahirkan usahawan Bumiputera dalam bidang pertanian dan penternakan secara komersial.

Bagaimanapun, setiap peserta yang ingin mengikuti program yang dianjurkan perlu membuat bayaran komitmen sebagai syarat.

Shaiful Azman Ismail, 25, berkata dia tertarik menyertai program berteraskan pelaburan penternakan lembu yang ditawarkan syarikat beribu pejabat di ibu kota itu mendakwa turut disokong Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

“Saya mengenali syarikat itu berikutan sentiasa mengikut beberapa ‘roadshow’.

“Antara tujuh program keusahawanan ditawarkan, saya yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat memilih menyertai program Ternakan Lembu Secara Fidlot,”
katanya ketika mengunjungi Balai Berita di sini, semalam.

Harian Metro difahamkan, selain bidang penternakan, syarikat itu turut menawarkan program industri kecil dan sederhana (IKS).

Katanya, dia memasukkan RM15,000 dan dijanjikan 100 lembu bagi fasa pertama selain pelbagai kemudahan menternak.

“Saya turut dijanjikan kursus menguruskan ternakan serta persediaan masuk ke ladang, namun apabila tiba tarikh ditetapkan, pelbagai alasan diberikan pengendali program.

“Saya meletak jawatan semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi projek ini,”
katanya.

Shaiful berkata, selepas beberapa kali kursus dianjurkan syarikat terbabit ditunda tanpa sebab kukuh, dia menarik diri daripada menyertai program berkenaan.

Katanya, dia bersama beberapa peserta program menuntut semula wang yang sudah didepositkan sebelum ini, tetapi pihak syarikat terbabit memberi pelbagai alasan.

“Kami juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya dan aduan kepada MeCD,” katanya.

Sementara itu, melalui surat dikeluarkan kementerian terbabit bertarikh 13 November 2008 dan ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) MeCD, Datuk Mohd Hashim Abdullah meminta syarikat terbabit membayar balik wang komitmen yang sudah dibuat peserta terbabit.

Katanya, kementeriannya ada bermesyuarat dengan syarikat itu selepas menerima beberapa aduan mengenai program yang ditawarkan pada 23 September 2008 dan syarikat itu bersetuju memulangkan kembali wang komitmen setiap peserta.

“Ketidakupayaan syarikat dan kaedah pelaksanaan program yang menimbulkan kecurigaan banyak pihak boleh menjejaskan hasrat MeCD dan usahawan yang berminat terutama kepada mereka yang membuat komitmen melalui pembayaran.

“MeCD juga memandang serius tindakan syarikat itu yang menggunakan nama kementerian dalam pelbagai promosi dan berharap ia dihentikan segera,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090113090547/Article/index_html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...